Tahniah! UTM IPT Terbaik di Negara Ini Dalam Penarafan IR

Posted by Utm Today Friday, February 5, 2010

SKUDAI: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menduduki tempat pertama di kalangan institusi pengajian tinggi di negara ini dalam penarafan Institutional Repository (IR) yang dikeluarkan oleh Ranking Web of World Institutional Repositories, minggu lalu.

Naib Canselor, Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang berkata, di kalangan 400 universiti terkemuka di dunia yang disenaraikan oleh agensi itu, UTM menduduki tangga ke 89 dan merupakan satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai dalam 100 IR terbaik di dunia.

Menurutnya, IR adalah sistem yang membolehkan pengguna memuat turun maklumat ilmiah hasil penulisan staf akademik, penyelidik dan pelajar menerusi talian secara percuma.

“IR UTM mengandungi tesis sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) graduan universiti ini, artikel, jurnal, kertas kerja seminar, persidangan, buku dan penerbitan ilmiah dalam bentuk digital yang disimpan oleh perpustakaan UTM.

“UTM mula membangun sistem ini pada awal tahun 2007 dan menjadi institusi pertama di negara ini yang disenarai di dalam Registry of Open Access Repositories (ROAR),” katanya.

Beliau berkata, IR digunakan secara meluas di institusi penyelidikan dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia bagi membantu penyeldikan dan ahli akademik menyebarluaskan hasil penyelidikan mereka secara digital.

“Malahan di beberapa negara maju, kerajaan mewajibkan institusi pengajian tinggi mewujudkan IR sebagai cara untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka dengan masyarakat.

“Langkah berkenaan diperkenalkan memandangkan tidak semua anggota masyarakat berpeluang membeli dan membaca jurnal ilmiah yang diterbitkan oleh universiti,” katanya.

Zaini berkata, dalam konteks peranan universiti untuk menjana dan menyebar luaskan ilmu, IR merupakan cara yang inovatif untuk sesebuah universiti menjalankan tanggungjawab sosialnya.

“Penarafan sesebuah institusi berdasarkan IR dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai yang membabitkan melibatkan 18,000 IPT di seluruh dunia.

“Usaha ini adalah inisiatif Cybermetrics Lab sebuah kumpulan penyelidikan di bawah Consejo Superior de Investigaciones, kumpulan penyelidikan awam terbesar di Sepanyol,” katanya.

Beliau berkata, penarafan dilakukan berdasarkan empat petunjuk laman web iaitu saiz atau jumlah muka surat yang dapat dicapai enjin pencarian; Visibility, iaitu bilangan laman web luar yang merujuk kepada sesuatu IR; Rich Files, iaitu bilangan fail dalam bentuk .pdf dan Scholar, iaitu bilangan kertas kerja ilmiah yang terdapat dalam IR berkenaan.

“UTM menduduki tempat ke 39 dunia bagi kategori Scholar yang merujuk kepada banyaknya bahan ilmiah yang dikongsikan dengan masyarakat, mengalahkan ribuan IPT terkenal di dunia,” katanya.

Menurut Prof Zaini, keseluruhan repository milik universiti ternama di Amerika, Eropah dan Jepun menduduki senarai 200 terbaik berbanding beberapa buah sahaja dari Asia Tenggara. Selain UTM, repository Universiti Malaya (UM) menduduki tempat ke 372 manakala IPTA lain tidak tersenarai dalam 400 terbaik dunia.

Bahan-bahan ini boleh dicapai melaui laman web http://eprints.utm.my/

0 comments:

Post a Comment

Facebook UTM Today

About Me

Utm Today
UTM Today akan memaparkan kepada anda berita-berita disekitar kampus UTM sama ada berita universiti, persatuan-persatuan dan juga aktiviti-aktiviti serta suara-suara mahasiswa. Sebarang berita dan suara-suara anda yang ingin disampaikan kepada kami boleh di hantar ke utmtoday10@gmail.com
View my complete profile

Apa wajar mahasiswa dibenarkan berpolitik? apa pandangan mahasiswa UTM?

Pilihanraya kampus UTM

Pilihanraya kampus UTM

Ingin berkongsi dengan kami??

Ingin berkongsi dengan kami??

Web Site Hit Counter

Komen dan pandangan


ShoutMix chat widget

Gelagat Mahasiswa

Gelagat Mahasiswa