Syed Hussein Al-Attas pernah menulis dan menghuraikan dengan panjang lebar tentang permasalahan rasuah yang membelengu Negara dunia ketiga di dalam bukunya Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi. Beliau menyatakan bahawa rasuah berlaku bukan sahaja disebabkan oleh faktor ‘manusia’, tetapi juga bergantung kepada faktor sistem yang disediakan. Menurutnya, sistem yang ada pada hari ini membenarkan atau menyediakan jalan untuk rasuah itu berlaku.



Kita tidak boleh menyalahkan ‘manusia’ 100 peratus kerana sememangnya sifat manusia, atau nafsu yang terdapat dalam diri manusia sentiasa mendorong untuk melakukan perkara tersebut. Umpamanya, seorang ibu yang menjadi guru kepada anaknya di sekolah. Semasa menanda kertas peperiksaan anaknya sendiri, apakah salah ibu jika dia menggunakan sifat kasih sayang yang sedia ada wujud terhadap anaknya, dengan memberi markah lebih atau ‘menghalalkan’ jawapan yang kurang tepat lalu memberi markah penuh? Sedangkan sistem yang sedia ada membenarkan situasi tersebut berlaku.

Saya ada contoh lain.

Bagaimana sistem kouta pengetua di UTM berfungsi. Seorang mahasiswa yang aktif, boleh memohon untuk mendapatkan kouta kolej. Tetapi disebabkan sistem yang ada telah memberi kuasa kepada sesetengah pengetua kolej untuk menafikan kouta yang dimohon oleh mahasiswa yang aktif, tetapi tidak sehaluan fikrah atau idealism dengan mereka.

Lihat bagaimana sistem yang ada telah membunuh ketelusan dan meraikan penindasan hak. Kita sedia maklum kes yang berlaku pada tahun 2009 dan 2010, dimana beberapa orang mahasiswa yang melibatkan diri dan menjadi aktivis Pro Mahasiswa dinafikan hak walaupun mahasiswa tersebut telah menyumbang tenaga dalam JKM. Juga pada tahun 2010, ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Pro Mahasiswa yang memenangi pilihanraya kampus telah dinafikan hak untuk mendapat kouta kolej. Sedangkan sijil watikah perlantikan yang diakui oleh Naib Canselor membuktikan bahawa universiti mengiktiraf kedudukan ahli MPM tersebut. Buka mata, dan lihat bagaimana sistem kouta kolej telah membunuh ketelusan dan perkiraan moral dalam membuat sesuatu keputusan.

Ini hanya sebahagian contoh.

Saya pernah menulis dalam artikel yang bertajuk Ada Apa Dalam Fikiran Saya, bahawa sistem kouta kolej perlu diubah kepada sistem merit.

"UTM perlu melaksanakan sistem Merit yang jelas bagi kelayakan untuk mendapat kouta mana-mana kolej. Sistem ini perlu mempunyai peraturan yang jelas, tanpa dapat dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Saya mengesan suatu yang tidak sihat, sikap profesionalisme semakin terhakis. Dimanakah keadilan untuk mahasiswa yang bergiat aktif di kolej, mempunyai lebih 10 sijil penglibatan dalam program tetapi tidak dapat kouta kolej, manakala mahasiswa yang hanya ada 2 sijil program layak mendapat kouta. Contoh sistem merit, hadir ke program sebagai audience = 0.5 point. Hadir sebagai peserta = 1.0 point. Bertindak sebagai AJK pelaksana program = 2.0 point. Menjadi Ketua unit program = 3.0 point. Menjadi Pengarah program = 4.0 point. Tapi dengan syarat, tawaran untuk menganggotai mana-mana jawatankuasa program dari ajk kepada pengarah, perlu dibuat secara terbuka kepada seluruh mahasiswa. JKM dan MPP bertindak sebagai penggagas idea, menyediakan ruang yang selesa, dan saluran yang betul."

Sebenarnya saya khuatir, sistem yang mem’budak-sekolah’kan mahasiswa akhirnya akan menjadi hujah sesetengah pandangan bahawa PTPM adalah retorik slogan. Yang mencabut ketelusan dan moraliti dalam pentadbiran, kadangkala disebabkan oleh manusia yang punya kepentingan. Tetapi ada sesetengah kes yang membuktikan bahawa ia lebih dipengaruhi oleh sistem yang korup dan mempunyai pengaruh feudalisme.

Sumber : http://hafizhilmi89.blogspot.com/


0 comments:

Post a Comment

Facebook UTM Today

About Me

Utm Today
UTM Today akan memaparkan kepada anda berita-berita disekitar kampus UTM sama ada berita universiti, persatuan-persatuan dan juga aktiviti-aktiviti serta suara-suara mahasiswa. Sebarang berita dan suara-suara anda yang ingin disampaikan kepada kami boleh di hantar ke utmtoday10@gmail.com
View my complete profile

Apa wajar mahasiswa dibenarkan berpolitik? apa pandangan mahasiswa UTM?

Pilihanraya kampus UTM

Pilihanraya kampus UTM

Ingin berkongsi dengan kami??

Ingin berkongsi dengan kami??

Web Site Hit Counter

Komen dan pandangan


ShoutMix chat widget

Gelagat Mahasiswa

Gelagat Mahasiswa