[Minda Mahasiswa] Kelestarian Kampus : Suatu Pandangan Mahasiswa
Kelestarian kampus merupakan salah satu usaha yang amat murni dalam usaha UTM ingin mencapai sebuah kampus yang bukan sahaja hebat dari segi hasil penyelidikan dan graduan yang berkualiti tinggi namun turut menawarkan sebuah ekosistem pusat pengajian tinggi yang menekankan amalan kelestarian dalam pelbagai aspek. Usaha murni ini haruslah disokong oleh para mahasiswa, tenaga pengajar, penyelidik malah semua warga kampus. Pelbagai program dan promosi telah dan akan dirancang bagi membantu menjayakan agenda kelestarian ini.Saya melihat kesedaran mengenai kepentingan kelestarian sesebuah ekosistem mula difahami dan diambil...
Peperiksaan suburkan minda kreatif, inovasi : NC UTM
Kerangka ujian perlu dibentuk selaras dengan keperluan sistem pendidikan modenSELAIN menentukan pencapaian seseorang pelajar, peperiksaan perlu dirangka supaya menjadi sebahagian kaedah menggalakkan pembelajaran, penyuburan budaya ilmu dan pemantapan budaya inovasi. Banyak kajian merumuskan bahawa peperiksaan untuk tujuan penanda aras pencapaian semata-mata tidak dapat mendorong minda dan minat pelajar untuk bersifat kreatif dan inovatif. Sehubungan itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menganjurkan bengkel pengurusan skenario selama dua hari bermula 3 Ogos lalu untuk mendapatkan pandangan pakar dan pihak berkepentingan....
Mahasiswa boleh aktif politik diteliti: Saifuddin
GEORGETOWN: Kementerian Pengajian Tinggi akan mempertimbang untuk membenarkan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam (IPTA) membabitkan diri dalam parti politik. Sehubungan itu, Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya akan menyertai perbincangan meja bulat anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) yang turut dihadiri pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin mahasiswa berhubung perkara itu, hari ini. "Kelmarin, saya menerima resolusi daripada wakil pemimpin mahasiswa mewakili 20 IPTA pada Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bersetuju membenarkan mahasiswa terbabit dalam parti politik...
MPP sokong mahasiswa berpolitik

Oleh ZULKIFLI MANZORzulkifli.manzor@kosmo.com.my saifuddin memegang resolusi yang diterima pada konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA di Bangi kelmarin. BANGI – Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (MPP IPTA) 2010 semalam membuat resolusi menyokong pembabitan mahasiswa IPTA dalam parti-parti politik. Pengerusi Jemaah Yang Dipertua MPP IPTA Malaysia, Ahmad Wafi Sahirdan, 20, berkata, resolusi itu dicapai apabila 191 daripada 335 anggota MPP pelbagai IPTA yang hadir pada konvensyen itu...
Minda Mahasiswa : Memahami bagaimana ‘sistem’ membunuh ‘ketelusan’
Syed Hussein Al-Attas pernah menulis dan menghuraikan dengan panjang lebar tentang permasalahan rasuah yang membelengu Negara dunia ketiga di dalam bukunya Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi. Beliau menyatakan bahawa rasuah berlaku bukan sahaja disebabkan oleh faktor ‘manusia’, tetapi juga bergantung kepada faktor sistem yang disediakan. Menurutnya, sistem yang ada pada hari ini membenarkan atau menyediakan jalan untuk rasuah itu berlaku.Kita tidak boleh menyalahkan ‘manusia’ 100 peratus kerana sememangnya sifat manusia,...
Minda Mahasiswa : Mahasiswa Perlu Berpolitik?
Assalamualaikum wbt..Selamat Sejahtera..Salam Perpaduan..Mahasiswa adalah kelompok yang sedang diusahakan pembentukannya untuk menjadi golongan intelektual yang juga merupakan pelapis kepimpinan negara. Mahasiswa inilah yang kita harapkan untuk menjadi ahli politik, jurutera, teknokrat serta lain-lain bidang profesional yang memerlukan kepada modal insan yang tinggi kualiti dan sahsiahnya.Baru-baru ini kita dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara bahawa mulai 1 Ogos 2010, guru DG41 dan DG48 sudah mula dibenarkan berpolitik dan wujud pula saranan supaya AUKU dipinda bagi membolehkan pensyarah serta mahasiswa turut...
Moronic campus politics
AUG 4 — A few years back while I was having lunch at the faculty canteen, a fellow student came up to me and asked me to vote for him. “Demi Perjuangan” — for a good cause, he said . To me it sounded fancy, so I asked him what he was fighting for. Was it worth my vote? “For the enlightenment of the Ummah,” he answered like a true reformist. “Ummah? You’re going to fight for that with the seat in the student council body?” “Yes, what’s wrong with that, is that not the aspiration of every Muslim. Don’t you as a Muslim aspire to that as well, the era of enlightenment and true reform, back to the glory days of a student ...
MPMUTM bantu capai misi tingkat produk inovasi
BAGI menyokong pemilihan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai universiti penyelidik kelima negara, Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM (MPMUTM) berhasrat membantu meningkatkan produk inovasi peringkat institusi, sekali gus menjadikan UTM pusat kecemerlangan ilmu, produktiviti dan kreativiti. Presidennya, Muhammad Zaki Omar berkata, sokongan itu diharap mampu melonjakkan status UTM sebagai institusi tersohor negara.Menurutnya, MPMUTM berusaha mengetengahkan idea serta produk mahasiswa ijazah sarjana muda yang turut setanding dan berpotensi di peringkat sarjana dan doktor falsafah."Selalunya hanya idea dan produk...
Robot UTM ke Kaherah
UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) merangkul tempat pertama dan kedua pertandingan ROBOCON Peringkat Kebangsaan 2010 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini. Kejayaan itu membolehkan UTM membolot hadiah lumayan selain mewakili negara ke pertandingan ROBOCON peringkat antarabangsa di Kaherah, Mesir, September ini. Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata kejayaan itu menobatkan UTM institusi unggul yang berkemampuan melahirkan kecemerlangan akademik dan praktikal.Beliau berkata, sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kekuatan dalam pelbagai bidang, UTM berusaha...
Pasukan debat PMI Juara Debat Piala TNC HEMA
Laporan oleh: Asmah AndySkudai, 2 Ogos 2010 – Tiga anak muda berbakat besar melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Pertandingan Debat Terbuka UTM, Piala Timbalan Naib Canselor (HEMA) yang berlangsung bermula 28 Julai hingga 1 Ogos 2010. Pasukan debat PMIUTM yang diwakili Saudara Abdul Azim Abd Jamil, Saudara Faizuan Abdullah dan Saudara Mohd Hafizul Hilmi Mohd Noor menggondol gelaran juara selepas menewaskan pasukan debat dari Kolej Perdana dalam kemuncak perdebatan peringkat akhir yang berlangsung di perkarangan Dewan...
Tahniah! UTM IPT Terbaik di Negara Ini Dalam Penarafan IR
Oleh WARTAWAN MSTAR SKUDAI: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menduduki tempat pertama di kalangan institusi pengajian tinggi di negara ini dalam penarafan Institutional Repository (IR) yang dikeluarkan oleh Ranking Web of World Institutional Repositories, minggu lalu. Naib Canselor, Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang berkata, di kalangan 400 universiti terkemuka di dunia yang disenaraikan oleh agensi itu, UTM menduduki tangga ke 89 dan merupakan satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai dalam 100 IR terbaik di dunia. Menurutnya, IR adalah sistem yang membolehkan pengguna memuat turun maklumat ilmiah hasil...
Penerima Anugerah Merdeka Sampaikan Ceramah 9 Feb Ini
Sumber : Mstar OnlineSKUDAI: Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang akan menyampaikan syarahan bertajuk A Scholarship Voyage: On Academic Iconism, Innovation Ecosystem and Water Sustainability, 9 Febuari ini. Menurut Penolong Pendaftar (Media)Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad,syarahan ini akan diadakan di Dewan Jumaah, Kampus Antarabangsa UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi. Ia adalah yang pertama daripada enam siri yang dirancang sepanjang tahun 2010, kata Sabri dalam satu kenyataan hari ini. Dr Zaini yang dipilih sebagai penerima Anugerah...
Penerima Anugerah Merdeka Sampaikan Ceramah 9 Feb Ini
Sumber : Mstar OnlineSKUDAI: Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang akan menyampaikan syarahan bertajuk A Scholarship Voyage: On Academic Iconism, Innovation Ecosystem and Water Sustainability, 9 Febuari ini. Menurut Penolong Pendaftar (Media)Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad,syarahan ini akan diadakan di Dewan Jumaah, Kampus Antarabangsa UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi. Ia adalah yang pertama daripada enam siri yang dirancang sepanjang tahun 2010, kata Sabri dalam satu kenyataan hari ini. Dr Zaini yang dipilih sebagai penerima Anugerah...
Pilihan Raya Kampus Harus Lebih Telus - Saifuddin
Sumber : Mstar onlinePUTRAJAYA: Pilihan raya kampus seharusnya dijalankan dengan lebih telus dan sistematik agar ia mampu berfungsi dengan lebih efektif sesuai dengan statusnya yang diadakan di gedung-gedung ilmu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.Beliau berkata pilihan raya kampus adalah proses pendidikan politik bagi pelajar, justeru ia wajar menerima sambutan hangat setiap kali diadakan.Menurutnya, rakyat khususnya mahasiswa harus melihat pilihan raya kampus sebagai satu proses untuk melahirkan hasil atau produk yang terbaik, sekaligus memenuhi objektif yang disasarkan."Apa yang perlu menjadi...
“KPT, bedah siasat PRK segera!” - Bantah
KUALA LUMPUR : Pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah) Mohd Aizat Mohd Salleh hari ini mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar segera membuat muhasabah berhubung pilihan raya kampus (PRK) yang didakwa banyak terlibat dengan penyelewengan mutakhir ini."KPT harus segera arahkan semua kampus agar membuat bedah siasat bagi mengenalpasti penyelewengan dalam PRK yang lalu."Kami turut mendesak semua kampus yang mengguna sistem e-undi segera memansuhkan penggunaan sistem itu dan mengembalikan kepada sistem pengundian secara biasa yang lebih telus," kata beliau dalam suatu kenyataan kepada erapakatan.com di sini,...
UTM cipta penggera mengantuk

Oleh NASRI JAMALUDINnasri@kosmo.com.my JOHOR BAHRU - Berita baik bagi pemandu kenderaan terutama pemandu bas yang berhadapan dengan masalah mengantuk ketika memandu. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menghasilkan sebuah sistem peranti yang mampu mengesan tahap kesedaran pemandu-pemandu kenderaan bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UTM, Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim berkata, peranti yang dikenali sebagai Smart Nap Alert System itu akan berfungsi apabila pemandu mula menunjukkan...
NC UM jamin akan letak jawatan jika e-undi bermasalah?

KUALA LUMPUR : Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon dikatakan rela meletakkan jawatannya jika sistem e-undi yang diamalkan kelak akan mendatangkan masalah."NC pernah jamin bahawa sistem e-undi di kampus itu tiada masalah, dan jika sebaliknya berlaku, beliau rela meletak jawatan," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada Kedah) Syazwan Ahmad kepada erapakatan.com di sini, hari ini.Tambahnya, hal jaminan itu pernah disuarakan dalam suatu mesyuarat bersama kumpulan Pro Mahasiswa dengan NC...
Mahasiswa perlu bangkit lawan penyelewengan
Assalamualaikum & salam mahasiswa ,Oleh : Hisyamuddin Che AliMajlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) yang dianggotai oleh 92 mahasiswa yang dipilih dalam pilihanraya kampus tahun lalu, menyelar tindakan pihak Universiti yang menafikan hak mahasiswa dalam sistem demokrasi di negara ini.MPMN ingin menyatakan dengan tegas bahawa Pilihanraya kampus (PRK) pada tahun ini jelas mempunyai banyak kepincangan dan kelompangan akibat penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Pilihanraya Kampus yang sepatutnya mendidik mahasiswa erti demokrasi, telah bertukar menjadi medan meragut hak mahasiswa terutamanya dalam soal berpolitik...
Universiti diminta tak singkir mahasiswa berdemonstrasi

Sumber : MalaysiakiniPihak pengurusan universiti diminta supaya bertindak adil dan tidak menyingkirkan sembilan mahasiswa yang ditahan polis kerana mengadakan demonstrasi membantah proses pilihan raya kampus (PRK) di ibu negara Sabtu lalu.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (kiri, berbaju putih) berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap mahasiswa yang terbabit dalam demonstrasi itu.Beliau berharap pihak pengurusan universiti tidak mengenakan tindakan dwi-dakwaan...
Gagal selami mahasiswa, Menteri dianggap tak matang

Sumber : MalaysiakiniPengerusi pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), Mohd Shafie Hashim menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang menyifatkan tindakan sekumpulan mahasiswa berdemonstrasi di hadapan pejabat Naib Canselor UM semalam selepas kalah pada pilihan raya kampus (PRK) sebagai tidak matang.Shafie sebaliknya mendakwa kenyataan Khaled itu membuktikan bahawa Menteri itu bukan seorang pemimpin rakyat dan mempunyai ego serta tidak ada prikemanusiaan terhadap penindasan.“Jika begitu, sebenarnya...