Showing posts with label suara mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label suara mahasiswa. Show all posts

[Minda Mahasiswa] Kelestarian Kampus : Suatu Pandangan Mahasiswa

Kelestarian kampus merupakan salah satu usaha yang amat murni dalam usaha UTM ingin mencapai sebuah kampus yang bukan sahaja hebat dari segi hasil penyelidikan dan graduan yang berkualiti tinggi namun turut menawarkan sebuah ekosistem pusat pengajian tinggi yang menekankan amalan kelestarian dalam pelbagai aspek. Usaha murni ini haruslah disokong oleh para mahasiswa, tenaga pengajar, penyelidik malah semua warga kampus. Pelbagai program dan promosi telah dan akan dirancang bagi membantu menjayakan agenda kelestarian ini.

Saya melihat kesedaran mengenai kepentingan kelestarian sesebuah ekosistem mula difahami dan diambil perhatian oleh semua golongan masyarakat. Bermula dari kerajaan sehinggalah pelajar sekolah, semuanya membicarakan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan salah satu kaedah adalah mengamalkan aktiviti kelestarian di sekitar kawasan kita.

UTM bertuah kerana mempunyai seorang Naib Canselor yang sangat mencintai alam sekitar. Pakar dalam bidang pengurusan air, beliau telah memperkenalkan pelbagai usaha dalam memastikan UTM menjadi sebuah kampus yang kondusif, sesuai dengan status UTM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan di negara ini. Antara usaha murni dalam menjayakan agenda kelestarian kampus ini ialah menyediakan basikal secara percuma kepada warga kampus. Berbasikal merupakan salah satu usaha terbaik dalam membantu mengurangkan pencemaran dan kesesakan di dalam kampus.

Paling menarik, beliau sendiri berbasikal ke sekitar kolej bagi melawat mahasiswa semasa Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM 2010/2011) walaupun kenderaan rasmi Perdana disediakan kepada beliau. Selain itu, jika mempunyai waktu lapang, beliau amat gemar berbasikal di sekitar kampus untuk melihat perkembangan dan kemudahan sambil bertanya khabar mahasiswa yang sedang beriadah.

Berlatarbelakangkan dengan tasik buatan manusia dan landskap yang tersusun indah, Tasik Ilmu sering menjadi tumpuan warga kampus bagi merehatkan minda selepas seharian menelaah mahupun bekerja. Pelbagai spesies tumbuhan tropila ditanam disekitar tasik tersebut dan dilingkari dengan sebuah trek jogging. Di suatu sudut, sebuah dek pemerhatian dan jambatan kayu menghubungkan antara dua kawasan disediakan.

Selain itu UTM masih mempunyai kawasan hutan sekunder yang luas dan masih belum dibangunkan sepenuhnya. Aktiviti lasak dan riadah seperti jungle tracking, paintball, wall climbing, flying fox dan sebagainya mungkin boleh dipertimbangkan di kawasan Hutan Rekreasi UTM. Kemudahan chalet ataupun tapak khemah yang lebih luas mungkin boleh disediakan untuk aktiviti mahasiswa mahupun pengunjung luar sekaligus menjana pendapatan sampingan kampus.

Sustainability Research Alliance (SUTRA UTM) http://web.utm.my/sutra/ misalnya merupakan sebuah unit yang dipertanggungjawabkan bagi menjayakan agenda kelestarian kampus ini. Selain itu agenda kelestarian kampus boleh dijayakan bersama melalui kerjasama mahasiswa terutamanya melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan persatuan atau kumpulan Interest Group lain. Kesedaran dan kempen mengenai kepentingan kelestarian perlu dipergiatkan lagi. Pihak SUTRA, pusat-pusat kajian dan penyelidikan di dalam kampus juga sering menganjurkan pembentangan ciptaan dan perbincangan isu semasa mengenai kelestarian, adalah wajar mahasiwa mengambil peluang untuk menyertainya. Saya berharap pada suatu hari nanti UTM dapat menghasilkan sebuah rancangan strategi mungkin boleh dinamakan sebagai 'Pelan Strategi Kelestarian Kampus UTM' yang merangkumi pelbagai aspek dari pengurusan tenaga, tadbir urus, pengangkutan mampan dan sebagainya.

Mahasiswa boleh membantu dengan menyediakan kertas kerja cadangan dengan kajian lapangan tertentu sebagai sebahagian daripada assignment mereka. Misalnya menyediakan cadangan konsep park n ride dengan shuttle bus yang telah dilaksanakan di UKM wajar dipertimbangkan. Selain itu kita boleh mengurangkan penggunaan bahan yang sukar dilupuskan seperti beg plastik dan polistrin. Budaya malu membawa bekas makanan yang boleh diguna pakai semula harus dikikis. Seharusnya pujian dan penghargaan harus diberikan kepada pengusaha cafe yang tidak lagi menggunakan bekas polistrin dalam perniagaan mereka. (Termasuk pengusaha bazaar Ramadhan tahun ini). Mungkin pemilik kedai runcit atau koperasi juga boleh mempertimbangkan beg kertas atau beg kitar semula (dengan harga minimum) untuk digunapakai dalam urusan perniagaan mereka.

Selain itu saya juga ingin mencadangkan supaya persatuan atau kelab mengurangkan penggunaan banner konvensional sebaliknya mengoptimumkan penggunaan laman web UTM atau FB dalam mempromosikan aktiviti anjuran mereka. Mungkin suatu hari nanti, UTM boleh mempertimbangkan penggunaan skrin elektronik berskala besar (dijana dengan tenaga solar) untuk diletakkan di tempat strategi bagi menggantikan penggunaan banner sekarang. Polisi larangan membawa kenderaan mungkin juga boleh dinaikkan kepada tahun ke tiga dan keatas sahaja berbanding hanya tahun pertama pengajian sekarang.

Di peringkat kementerian, dalam perjumpaan Majlis Perundingan Mahasiswa Kebangsaan (MPPK) di ESSET KWSP, Bangi (4-6/8/2010) yang dihadiri oleh perwakilan MPP seluruh Malaysia bersama pihak KPT, saya turut mencadangkan supaya pihak KPT dapat merangka sebuah Dasar Kelestarian Kampus IPT Malaysia yang mana dasar tersebut boleh dijadikan garis panduan asas berkaitan pelaksanaan elemen kelestarian yang boleh diaamalkan di seluruh IPT Malaysia.

Diharapkan kita dapat bersama-sama dalam membantu menjayakan agenda pelestarian yang sedang berkembang ini. Seharusnya semua pihak mengambil perhatian mengenai kepentingan menjaga alam yang bukan sahaja urusan pihak berwajib namun oleh semua lapisan masyarakat.

Sekian.

Noor Aimran B. Samsudin
Setiausaha Agung MPM UTM


Sumber : Noor Aimran

“KPT, bedah siasat PRK segera!” - Bantah


KUALA LUMPUR
: Pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah) Mohd Aizat Mohd Salleh hari ini mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar segera membuat muhasabah berhubung pilihan raya kampus (PRK) yang didakwa banyak terlibat dengan penyelewengan mutakhir ini.

"KPT harus segera arahkan semua kampus agar membuat bedah siasat bagi mengenalpasti penyelewengan dalam PRK yang lalu.

"Kami turut mendesak semua kampus yang mengguna sistem e-undi segera memansuhkan penggunaan sistem itu dan mengembalikan kepada sistem pengundian secara biasa yang lebih telus," kata beliau dalam suatu kenyataan kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Tambah Mohd Aizat, pihak pentadbir universiti perlu segera mengambil tindakan terhadap jawatankuasa pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang didapati terlibat dengan penyelewengan, ugutan dan penindasan ke atas mahasiswa.

Kelemahan sistem e-undi : Sampel di UM

Di Universiti Malaya, tambah beliau, telah berlaku kerosakan pada sistem komputer yang digunakan jawatankuasa pemilihan MPM.

"Kejadian itu berlaku di kolej kediaman ke-12, dan menyaksikan beberapa mahasiswa tidak dapat mengundi. Ini ditambah lagi dengan sistem yang diambilalih oleh pegawai kolej yang tiada kelayakan untuk mengendalikan sistem tersebut.

"Hal kelumpuhan 'server' ini turut berlaku di kolej kediaman ke-4 dan di Fakulti Ekonomi yang mengalami masalah yang sama. Hasil laporan yang diterima, wujud unsur manipulasi sistem oleh pihak-pihak yang berkepentingan," kata beliau.

Di samping itu, tambah Mohd Aizat, di kolej kediaman ke-7, seorang mahasiswa OKU (orang kelainan upaya), telah dipaksa tanpa kerelaannya untuk mengundi calon-calon tertentu.

"Seorang pegawai pilihan raya di kolej kediaman berkenaan telah memberi senarai nama untuk beliau undi," katanya.

Keganasan pengawal keselamatan dan polis: Sampel di UKM

Dalam laporan berkaitan, Mohd Aizat berkata, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan bantahan ke atas keputusan pilihan raya kampus di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina kerana berlaku kesilapan kiraan di fakulti tersebut.

"Desakan mereka kepada pihak pentadbiran UKM berlarutan sehingga mengadakan demontrasi di masjid kampus sehingga menyebabkan berlaku tangkapan ke atas dua mahasiswa.

"Selain masalah kesilapan kiraan di fakulti itu, mereka juga tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem PRK di sana yang ternyata jelas tidak telus dan adil. Berlaku juga aspek penindasan fizikal di mana mahasiswa dipukul oleh pengawal keselamatan yang bertindak emosi dalam kejadian itu," kata beliau.

Mahasiswa perlu bangkit lawan penyelewengan


Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Oleh : Hisyamuddin Che Ali

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) yang dianggotai oleh 92 mahasiswa yang dipilih dalam pilihanraya kampus tahun lalu, menyelar tindakan pihak Universiti yang menafikan hak mahasiswa dalam sistem demokrasi di negara ini.

MPMN ingin menyatakan dengan tegas bahawa Pilihanraya kampus (PRK) pada tahun ini jelas mempunyai banyak kepincangan dan kelompangan akibat penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Pilihanraya Kampus yang sepatutnya mendidik mahasiswa erti demokrasi, telah bertukar menjadi medan meragut hak mahasiswa terutamanya dalam soal berpolitik dan berorganisasi melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa ini.

2. Kemenangan Pro Aspirasi secara mengejut di Universiti Malaya dan seterusnya mengekalkan penguasaan di kampus-kampus besar seperti UKM, UTM, USM, UPSI, dan lain-lain (Kecuali Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), adalah sesuatu yang sukar diterima. Hal ini kerana kemenangan Aspirasi diperolehi dalam keadaan wujudnya ketempangan nyata dalam Pilihanraya Kampus tersebut.

3. Bagi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), melihat pilihanraya kampus tidak ubah seperti gelanggang politik murahan pihak bukan mahasiswa yang inginkan kemenangan Aspirasi. Ini tidak lain dan tidak bukan demi kemandirian parti politik terbabit dalam pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

4. Terdapat bukti-bukti jelas dan nyata penyertaan UMNO dalam pilihanraya kampus dan ini dapat dilihat dalam kes pemberian bajet PRK oleh UMNO Johor kepada jentera Aspirasi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) , sebanyak RM 20,000. Surat yang bertarikh 4 Januari 2010 ini telah ditandatangani oleh Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan diberikan kepada Naib Canselor UTHM sendiri, Profesor Dato’ Mohd. Noh Dalimin. Ini bukti jelas keterlibatan UMNO dalam PRK pada kali ini. Sekiranya ini adalah fitnah dan juga rekaan semata-mata, MPMN mencabar pihak UMNO dan TNC UTHM untuk membuat penafian terbuka berkaitan perkara ini.

5. Juga ketempangan dalam perjalanan PRK itu sendiri seperti isu kecacatan e-voting yang menyebabkan berlakunya server down atau ganguan teknikal selama tiga jam di Pusat Mengundi kolej Ke-3, Universiti Malaya. Juga isu pembinaan pondok panas pihak pentadbiran UKM yang jelas menjadi serampang dua mata mereka untuk merayu mahasiswa mengundi Aspirasi serta isu pengumuman undian di Pusat Penjumlahan Undi bagi Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina Tahun 3 yang tidak selari dengan pengumuman di tempat kira undi di kolej-kolej kediaman.

6. MPMN seterusnya mendesak semua pihak sama ada Pro Mahasiswa ataupun Aspirasi, yang menjadi mangsa pencabulan peraturan PRK oleh pihak Universiti, untuk membuat laporan perbuatan yang tidak sah (unlawful) itu kepada pihak yang sepatutnya seperti termaktub dalam buku peraturan perjalanan PRK di kampus-kampus masing. Sekiranya ia tidak berjaya dan pihak tersebut menafikan keadilan yang sepatutnya diberikan, maka mereka yang dinafikan haknya ini boleh menggunakan altenatif lain seperti mengadakan sidang media dan mendedahkan ketempangan yang berlaku. Juga boleh membuat laporan polis dan memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan satu perintah deklarasi bahawa PRK yang dijalankan adalah tidak sah dan terbatal mengikut undang-undang yang digubal universiti serta bercanggahan dengan konsep keadilan asasi (nature of law). Walaupun tindakan ini akan dikatakan sebagai tidak mustahak dan membazirkan masa, tetapi ianya adalah penting kerana pihak yang melakukan kezaliman perlu diadili mengikut pentadbiran keadilan di Negara ini.

7. MPMN juga turut kesal dengan sikap Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28 januari lalu yang telah membatalkan kemenangan 7 calon Pro Mahasiswa atas tuduhan berkempen secara berkumpulan dalam laman sosial Facebook. Bagi MPMN, tindakan pihak UPM jelas satu tindakan zalim dan menyalahgunakan kuasa kerana mereka tidak memanggil ketujuh-tujuh mahasiswa itu untuk membela diri. Jelas satu tindakan yang berat sebelah kerana mahasiswa terbabit dinafikan hak untuk membela diri (right to be heard). Tiada perbicaraan diadakan dan hukuman dijatuhkan berdasarkan anggapan semata-mata, bukannya hujahan undang-undang yang benar.

8. Maka MPMN mendesak ketujuh-tujuh mahasiswa terbabit untuk menfailkan kes mereka di mahkamah dan membuat semakan kehakiman terhadap tindakan UPM ini. Walaupun ia dilihat satu perkara kecil dan tidak perlu dibawa ke mahkamah, tetapi ia sebenarnya adalah satu pencabulan hak asasi. Sedangkan orang yang mengalami kemalangan kecil akan membawa tuntutan mereka ke mahkamah, inikan pula warganegara Malaysia yang bergelar mahasiswa, yang dizalimi dan dinafikan hak asasinya oleh pihak universiti yang mengamalkan undang-undang rimba (the laws of jungle) ini.

9. Selanjutnya, MPMN turut kesal dengan sikap Menteri bertanggungjawab, Dato’ Seri Khaled Nordin yang bersikap angkuh dan diktator kerana menempelak mahasiswa yang menuntut demokrasi tulen dilaksanakan di kampus-kampus. Kenyataan Menteri terbabit yang meminta pihak Universiti tidak melayan tuntutan mahasiswa yang dizalimi, jelas satu sikap pemimpin kuku besi dan tidak layak menjaga kementrian yang dipenuhi oleh cendiakawan-cendiakawan dan mahasiswa yang merupakan pelapis kepimpinan masyarakat. Justeru, MPMN mendesak Khaled Nordin meletak jawatan secara terhormat dan digantikan dengan Timbalan beliau, Dato’ Saifuddin Abdullah yang lebih terbuka dan pro demokrasi. Perlantikan Dato’ Saifuddin Abdullah dilihat akan ‘menyegarkan’ kembali dunia pengajian tinggi dan seterusnya membenihkan kembali demokrasi buat para mahasiswa itu sendiri.

10. Akhirnya, MPMN ingin melihat agar medan kampus dijadikan batu loncatan untuk melahairkan pemimpin masyarat yang benar-benar dapat memacu negara ini ke arah yang lebih berjaya berbanding hari ini. Melalui PRK inilah, maka pembinaan negara bangsa yang berjaya dapat direalisasikan. Jangan biarkan mahasiswa menjadi anti demokrasi, sekiranya kezaliman dan penyalahgunaan kuasa terus dilakukan oleh pihak berkuasa Universiti. Mahasiswa Malaysia sebenarnya tidak teragak-agak untuk mencontohi mahasiswa Indonesia dan Thailand, sekiranya mahasiswa terus diasak dengan kezaliman bertubi-tubi oleh pihak yang memerintah. Demontrasi jalanan, adalah merupakan pilihan terakhir mahasiswa bagi membetulkan kepincangan yang berlaku dalam sistem demokrasi di negara ini.

Yang benar,

HISYAMUDDIN CHE ALI
TIMBALAN PENGERUSI MPMN/
MANTAN AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM

PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM
SESI 2009-2010.Assalamualaikum & salam mahasiswa ,


Oleh : Hisyamuddin Che Ali

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) yang dianggotai oleh 92 mahasiswa yang dipilih dalam pilihanraya kampus tahun lalu, menyelar tindakan pihak Universiti yang menafikan hak mahasiswa dalam sistem demokrasi di negara ini.

MPMN ingin menyatakan dengan tegas bahawa Pilihanraya kampus (PRK) pada tahun ini jelas mempunyai banyak kepincangan dan kelompangan akibat penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Pilihanraya Kampus yang sepatutnya mendidik mahasiswa erti demokrasi, telah bertukar menjadi medan meragut hak mahasiswa terutamanya dalam soal berpolitik dan berorganisasi melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa ini.

2. Kemenangan Pro Aspirasi secara mengejut di Universiti Malaya dan seterusnya mengekalkan penguasaan di kampus-kampus besar seperti UKM, UTM, USM, UPSI, dan lain-lain (Kecuali Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), adalah sesuatu yang sukar diterima. Hal ini kerana kemenangan Aspirasi diperolehi dalam keadaan wujudnya ketempangan nyata dalam Pilihanraya Kampus tersebut.

3. Bagi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), melihat pilihanraya kampus tidak ubah seperti gelanggang politik murahan pihak bukan mahasiswa yang inginkan kemenangan Aspirasi. Ini tidak lain dan tidak bukan demi kemandirian parti politik terbabit dalam pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

4. Terdapat bukti-bukti jelas dan nyata penyertaan UMNO dalam pilihanraya kampus dan ini dapat dilihat dalam kes pemberian bajet PRK oleh UMNO Johor kepada jentera Aspirasi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) , sebanyak RM 20,000. Surat yang bertarikh 4 Januari 2010 ini telah ditandatangani oleh Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan diberikan kepada Naib Canselor UTHM sendiri, Profesor Dato’ Mohd. Noh Dalimin. Ini bukti jelas keterlibatan UMNO dalam PRK pada kali ini. Sekiranya ini adalah fitnah dan juga rekaan semata-mata, MPMN mencabar pihak UMNO dan TNC UTHM untuk membuat penafian terbuka berkaitan perkara ini.

5. Juga ketempangan dalam perjalanan PRK itu sendiri seperti isu kecacatan e-voting yang menyebabkan berlakunya server down atau ganguan teknikal selama tiga jam di Pusat Mengundi kolej Ke-3, Universiti Malaya. Juga isu pembinaan pondok panas pihak pentadbiran UKM yang jelas menjadi serampang dua mata mereka untuk merayu mahasiswa mengundi Aspirasi serta isu pengumuman undian di Pusat Penjumlahan Undi bagi Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina Tahun 3 yang tidak selari dengan pengumuman di tempat kira undi di kolej-kolej kediaman.

6. MPMN seterusnya mendesak semua pihak sama ada Pro Mahasiswa ataupun Aspirasi, yang menjadi mangsa pencabulan peraturan PRK oleh pihak Universiti, untuk membuat laporan perbuatan yang tidak sah (unlawful) itu kepada pihak yang sepatutnya seperti termaktub dalam buku peraturan perjalanan PRK di kampus-kampus masing. Sekiranya ia tidak berjaya dan pihak tersebut menafikan keadilan yang sepatutnya diberikan, maka mereka yang dinafikan haknya ini boleh menggunakan altenatif lain seperti mengadakan sidang media dan mendedahkan ketempangan yang berlaku. Juga boleh membuat laporan polis dan memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan satu perintah deklarasi bahawa PRK yang dijalankan adalah tidak sah dan terbatal mengikut undang-undang yang digubal universiti serta bercanggahan dengan konsep keadilan asasi (nature of law). Walaupun tindakan ini akan dikatakan sebagai tidak mustahak dan membazirkan masa, tetapi ianya adalah penting kerana pihak yang melakukan kezaliman perlu diadili mengikut pentadbiran keadilan di Negara ini.

7. MPMN juga turut kesal dengan sikap Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28 januari lalu yang telah membatalkan kemenangan 7 calon Pro Mahasiswa atas tuduhan berkempen secara berkumpulan dalam laman sosial Facebook. Bagi MPMN, tindakan pihak UPM jelas satu tindakan zalim dan menyalahgunakan kuasa kerana mereka tidak memanggil ketujuh-tujuh mahasiswa itu untuk membela diri. Jelas satu tindakan yang berat sebelah kerana mahasiswa terbabit dinafikan hak untuk membela diri (right to be heard). Tiada perbicaraan diadakan dan hukuman dijatuhkan berdasarkan anggapan semata-mata, bukannya hujahan undang-undang yang benar.

8. Maka MPMN mendesak ketujuh-tujuh mahasiswa terbabit untuk menfailkan kes mereka di mahkamah dan membuat semakan kehakiman terhadap tindakan UPM ini. Walaupun ia dilihat satu perkara kecil dan tidak perlu dibawa ke mahkamah, tetapi ia sebenarnya adalah satu pencabulan hak asasi. Sedangkan orang yang mengalami kemalangan kecil akan membawa tuntutan mereka ke mahkamah, inikan pula warganegara Malaysia yang bergelar mahasiswa, yang dizalimi dan dinafikan hak asasinya oleh pihak universiti yang mengamalkan undang-undang rimba (the laws of jungle) ini.

9. Selanjutnya, MPMN turut kesal dengan sikap Menteri bertanggungjawab, Dato’ Seri Khaled Nordin yang bersikap angkuh dan diktator kerana menempelak mahasiswa yang menuntut demokrasi tulen dilaksanakan di kampus-kampus. Kenyataan Menteri terbabit yang meminta pihak Universiti tidak melayan tuntutan mahasiswa yang dizalimi, jelas satu sikap pemimpin kuku besi dan tidak layak menjaga kementrian yang dipenuhi oleh cendiakawan-cendiakawan dan mahasiswa yang merupakan pelapis kepimpinan masyarakat. Justeru, MPMN mendesak Khaled Nordin meletak jawatan secara terhormat dan digantikan dengan Timbalan beliau, Dato’ Saifuddin Abdullah yang lebih terbuka dan pro demokrasi. Perlantikan Dato’ Saifuddin Abdullah dilihat akan ‘menyegarkan’ kembali dunia pengajian tinggi dan seterusnya membenihkan kembali demokrasi buat para mahasiswa itu sendiri.

10. Akhirnya, MPMN ingin melihat agar medan kampus dijadikan batu loncatan untuk melahairkan pemimpin masyarat yang benar-benar dapat memacu negara ini ke arah yang lebih berjaya berbanding hari ini. Melalui PRK inilah, maka pembinaan negara bangsa yang berjaya dapat direalisasikan. Jangan biarkan mahasiswa menjadi anti demokrasi, sekiranya kezaliman dan penyalahgunaan kuasa terus dilakukan oleh pihak berkuasa Universiti. Mahasiswa Malaysia sebenarnya tidak teragak-agak untuk mencontohi mahasiswa Indonesia dan Thailand, sekiranya mahasiswa terus diasak dengan kezaliman bertubi-tubi oleh pihak yang memerintah. Demontrasi jalanan, adalah merupakan pilihan terakhir mahasiswa bagi membetulkan kepincangan yang berlaku dalam sistem demokrasi di negara ini.

Yang benar,

HISYAMUDDIN CHE ALI
TIMBALAN PENGERUSI MPMN/
MANTAN AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM

PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM
SESI 2009-2010.

"Dari Mahasiswa untuk Mahasiswa"

Matlamat PRK wajar diperhalusi

Sumber: GMUKM

Saban tahun, pilihanraya kampus (PRK) pasti mewarnai suasana di institusi pengajian tinggi dan juga kolej universiti di seluruh negara. Pada tahun ini juga, pasti kancah Pilihanraya Kampus yang mana telah dibubarkan semalam akan menjadi buah mulut masyarakat dan pemerhati politik tempatan.

Persoalan besar yang selalu bermain di minda ramai pihak ialah mengapa para mahasiswa mengambil berat akan pilihanraya ini? Adakah ingin menunjukkan jaguh atau sekadar suka-suka untuk menempah nama. Atau juga sebagai alat pro kepada kumpulan tertentu yang berkepentingan?

Saya sebagai salah seorang calon dan memenangi pilihanraya pada sesi lepas yang terlibat secara langsung dalam PRK pada tahun lalu berasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat berkaitan demokrasi di gerbang ilmu ini.

Sebenarnya, Pilihanraya Kampus (PRK) disertai oleh para mahasiswa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah untuk menjadi pemimpin kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya dahulu, pemilihan pengawas di sekolah hanyalah lantikan dan bukan pemilihan, tetapi ia senario berbeza di Universiti.

Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memimpun mereka. Yang boleh menjadi pemimpin dalam menyuarakan isu kebajikan mereka, yang boleh mengendalikan pesta konvokesyen, forum dan juga pelbagai program intelektual lain.


Para mahasiswa yang keluar mengundi inginkan satu kepimpinan yang boleh memacu perubahan ke arah penegakkan haknya di universiti. Pemimpin pelajar yang terpilih itu pula perlulah menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang pelajar biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.Selain itu, pemimpin pelajar yang dipilih juga wajar dilihat sebagai pemimpin pembina budaya (culture builder).

Selanjutnya, PRK merupakan medan demokrasi unggul yang mengajar para mahasiswa erti pilihanraya. Bermula dari pemilihan calon, hari penamaan calon, kempen, risalah-risalah, manifesto, kain rentang dan pengiraan undi,ia merupakan situasi sebenar seperti dalam pilihanraya umum. Mahasiswa yang didedahkan dengan PRK, akan mengetahui cara-cara perjalanan pilihanraya dan juga peraturan semasa piliharaya yang seterusnya dapat diadaptasikan oleh mereka setelah keluar dari menara gading.

Demokrasi ini dilihat boleh menyedarkan para mahasiswa bahawa pangkahan mereka amat bernilai dalam mencorakkan kepimpinan pelajar. Jadi, faktor pemakaian demokrasi dalam diri mahasiswa adalah penting sebelum mahasiswa menemui dunia realiti yang lebih mencabar dan penuh dengan pancaroba dalam ilmu politik.

Selain itu, PRK juga diperkenalkan adalah kerana ingin mencari pemimpin pelajar yang boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat luar terutamanya muda-mudi yang mengalami krisis identiti sekarang.

Perkara ini mampu merungkai dan membawa keluar kerumitan dan kegelisahan masyarakat yang dilingkari dengan masalah sosial dan jenayah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Secara analisisnya, suara mahasiswa sebenarnya amat mahal dan apabila ia bersuara, pasti ada perkara yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat.

Di samping itu, kepimpinan negara memerlukan pelapis yang boleh menjadi pengganti kepada pemimpin sedia ada sekarang. Negara memerlukan tenaga dan daya pemikiran pemimpin yang baru bagi melangkah gagah menghadapi arena globalisasi dan juga hal ehwal dalaman negara kita.

Sekiranya kita selongkar sejarah lama, pemimpin pelajar seperti Shabery Cheek, Mahathir Mohamad, Zahid Hamidi, Saifuddin Abdullah, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Husam Musa, Abu Bakar Chik dan ramai lagi pemimpin yang pernah memegang tampuk pemerintahan negara, pernah diasuh sebagai pemimpin pelajar.

Oleh yang demikian,jelas PRK bukan sekadar berseronok ketika kempen, tetapi juga mempunyai matlamat jangka panjang yang amat penting dalam pembangunan negara.
PRK turut mengajar erti kebebasan memilih kepada para mahasiswa dalam pemilihan pemimpin pelajar.

Para calon pula boleh menggunakan peruntukan dalam Perkara 10 klausa 1 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan idea. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut tidak mutlak tetapi mempunyai beberapa sekatan tertentu yang antara lainnya melarang mahasiswa menyebarkan fitnah, ugutan, menghina calon lain dan juga menyebarkan provokasi.

Dalam Peraturan 64.5 Peraturan-Peraturan Pemilihan (Perjalanan Pemilihan) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri jelas melarang setiap calon dan wakilnya daripada membuat paksaan, ugutan dan deraan dalam apa jua bentuk terhadap orang perseorangan. Prinsip keadilan asasi (natural justice) boleh diterapkan ke dalam jiwa mahasiswa dan mereka dapat disedarkan dengan hak asasi untuk bebas membuat pemilihan.

Bagi setiap calon pula, sifat pemimpin pelajar yang neutral, tidak mempunyai agenda politik serta bukan jurucakap kepada parti politik perlu ada paa setiap mahasiswa yang ingin bertanding dalam PRK. Hal ini sejajar dengan konsep politik nilai mahasiswa dan juga Seksyen 15 kurungan 3 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang menyatakan bahawa para pelajar dilarang menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja.

Setelah diperhalusi tujuan PRK,maka saya merasakan bahawa PRK amat penting dalam mencorakkan pemikiran mahasiswa dan ia wajar dijadikan suatu nilai yang penting dalam diri mahasiswa. Dihujahkan bahawa pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau Parlimen.

Pemilihan peringkat kampus juga bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi medan pilihanraya kampus wajar dijadikan medan atau sekolah pembelajaran bagi mendidik mahasiswa untuk terlibat aktif dalam demokrasi sama ada di kampus dan di luar kampus setelah tamat pengajian mereka.

Suasana PRK pula perlulah adil dan berdemokrasi yang secara automatik akan melahirkan para mahasiwa menjadi lebih bermoral dan pro-demokrasi dalam menjana satu suasana politik sihat di Malaysia pada hari mendatang.

Oleh yang demikian, jelas bahawa matlamat pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar wajar diterima oleh pelbagai pihak bahawa ia diadakan untuk mendidik erti demokrasi kepada mahasiswa. Sekiranya ia menyimpang jauh daripada matlamat asal, dibimbangi bahawa pemimpin yang dipilih bukan atas faktor kredibiliti atau kemampuan untuk memimpin,tetapi dipilih atas dasar ketakutan dan dipaksa.

Ini akan memberikan ancaman kepada kepimpinan negara boleh meruntuhkan keutuhan negara kita pada masa hadapan. Merujuk kepada kata-kata falsafah barat yang menyatakan bahawa ‘masa depan dibeli oleh masa sekarang’, maka mahasiswa seluruh negara wajar merenung kata-kata ini dan wajar persiapkan diri untuk memandu negara selepas ini.

Janganlah pilihanraya kampus yang bernilai tinggi ini hanya melahirkan pemimpin yang hanya ‘angguk-angguk,tetapi tidak berani ‘geleng-geleng’ dan ini akan merencatkan pertumbuhan penghasilan pemimpin masyarakat yang berkaliber di negara bertuah ini.

:::::BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN:::

"Paksarela atau sukarela"


Oleh : Pena Pemuda



Salam Kewarasan,

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi….” (Surah al-Baqarah : Ayat 30)

Rela dan terpaksa?. Saya ini mengulas beberapa perkara berkaitan dengan topik ini.Tajuk ini saya kecilkan dengan fokus perbincangannya kepada kepimpinan mahasiswa. Mungkin akan ada yang tertanya-tanya, kenapa hanya kepimpinan mahasiswa tuntutan rela dan terpaksa mahu dibongkar permasalahannya. Kenapa tidak kepimpinan rakyat marhain di luar kampus?

Baik, secara mudahnya jika diperhatikan kepada sasaran pembaca artikel ini, maka jawapannya mampu diperolehi. Justeru adalah lebih tuntas kiranya fokus kepimpinan tidak dicapahkan perbincangannya untuk memberikan suatu cetusan idea dan sekadar sebagai taaruf awalan kepada pembaca dalam ruang lingkup kecil dan lebih menumpu.

Kepimpinan mahasiswa diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasa tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Ia juga dikatakan sebagai medan latihan sebelum terjun ke medan sebenar. Apa pun yang mahu disampaikan dalam artikel kali ini adalah kepimpinan mahasiswa yang sifatnya adalah sukarela. Sekalipun ianya terpaksa tetapi tuntutan tanggungjawab seolah memaksa sesiapa sahaja yang dipundakkan amanah untuk melaksanakannya.

Justeru, saya ingin mengutarakan beberapa idea cadangan sebagai peringatan kepada semua pimpinan mahasiswa.Di harapkan gelombang-gelombang minda ini mampu mengimbangkan antara kerelaan untuk memimpin dan keterpaksaan samada atas desakan kepimpinan mahupun desakan persekitaran. Alang-alang berjuang biarlah diredai Tuhan.Kalau tidak RETORIK belaka.Tepuk dada tanya iman anda.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 36)

Pertamanya, saya ingin mengajak rakan-rakan pimpinan kolej,persatuan,kelab mahupun mana-mana organisasi dalam kampus untuk menilai konsep keikhlasan dalam bekerja.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Anfal, ayat 27)

Keikhlasan amat penting dalam menjalankan taklifan kepimpinan. Tambah-tambah lagi kepimpinan mahasiswa yang telah diketahui situasi getirnya. Menjadi kepimpinan mahasiswa seolah memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai. Masa perlu dibahagikan, Wang saku bulanan juga perlu dikorbankan dan keseronokan serta privacy diri langsung diketepikan untuk memastikan amanah taklifan dilunaskan secara baik.

Semua itu memerlukan kata kunci dalaman yang namanya adalah keikhlasan. Mana mungkin pengorbanan yang ditagih tersebut mampu untuk dilaksanakan sekiranya tidak dipasakkan dalam hati Al-Ikhlas. Justeru, bicara atas nama keikhlasan tidak perlu dipanjangkan perbincangannya tetapi ia seharusnya dipasakkan dan diukir kemas di hati.

Hati-hati dalam melangkah dan meniti lorong berduri kepimpinan. Jangan sampai susah payah dan pengorbanan yang dibuat langsung ‘haba’an mansura’ kerana tidak didasarkan kepada keikhlasan. Keikhlasan juga adalah ubat dan penawar kepada keletihan kerana keyakinan bahawa setiap pekerjaan yang dilaksankan akan diganjar pahala oleh Allah.

Tinggal lagi kalaulah manusia juga memberikan penghargaan dan tasyrifan, maka hati-hati juga perlu diseiringkan dalam setiap langkah aturan. Andai celaan dan cacian yang dihidangkan, suka juga diingat supaya sabar dan teruskan perjuangan. Yang paling penting ikhlas perlu mengepalai setiap langkah dan kerja buat kita seharian kerana tugas kepimpinan ini akan semestinya dilihat orang dan diperkatakan samada positif ataupun negatif. Ikhlaskan niat.

Berikut apa yang ingin sentuh adalah berkaitan dengan satu tindakan yang perlu.Sedar atau tidak anda akan melakukannya.’Bina pengaruh’?

Dua kosa kata ini barangkali memberikan persepsi yang pelbagai dalam benak pembaca. Apa yang saya maksudkan dengan dua kosa kata ini adalah bagaimana setiap pemimpin perlu membina pengaruh dan melahirkan pelapis. Pengaruh perlu dibina bukan untuk tujuan peribadi tetapi demi kolektif kepimpinan yang diperjuangkan. Dengan kata lain, pengaruh perlu dibina untuk memastikan mahasiswa/i disatukan dalam sebuah bahtera yang selamat untuk menggapai mercu Mardhatillah.

Maksudnya, setiap pemimpin tidak hanya bekerja sendirian. Pemimpin yang baik akan membina kerja berkumpulan atau keterikatan kumpulan yang mantap. Sekirannya seorang pemimpin itu hebat dan punyai pakej lengkap sebagai pemimpin, ia hanyalah sebagai bonus dalam dunia kepimpinan. Yang paling penting adalah kebolehan untuk membina pengaruh dan membawa bersama ahli untuk bekerja bersama dalam satu pasukan.

Sabda nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahlinya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya.” (Muttafaqun ‘Alaihi).

Hadis tersebut menjelaskan bahawa setiap individu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan oleh Allah tentang amanah yang digalasnya. Cuma yang membezakan antara satu sama lain hanyalah posisi dan kebolehan. Justeru, pemimpin bukanlah perlu hanya memastikan dirinya sahaja yang memimpin dan menjalankan tugas kepimpinan tetapi perlu juga untuk membahagikan tugas kepimpinan pada yang selayaknya.

Maksudnya, pemimpinan sebenanrnya perlu bijak dalam membagikan tugas kepimpinan dengan pecahan-pecahan yang selayaknya. Kiranya pepimpin hanya hebat sendiri dengan meninggalkan orang lain, maka ia belum layak digelarkan kepimpinan. Bina pengaruh, lahirkan pelapis dan yang paling mustahak pastikan kepimpinan dijelamakan dalam bentuk yang kolektif.

Ramai sekali pemimpin yang dilahirkan kerana jawatan. Dengan mudahnya, seseorang pemimpin itu dianggap sebagai pemimpin kerana jawatan yang diberikan. Barangkali ada yang sedar bahawa tidak kurang juga pemimpin yang dihasilkan dengan kuasa pengaruh. Walau tidak berjawatan namun akan dirujuki sebagai pemimpin dalam menyelesaikan apa jua permasalahan. Justeru sama ada anda pemimpin lantikan secara rasmi berjawatan atau hanyalah sekadar pemimpin kampungan yang lahir daripada pengaruh ramai, yang paling penting keduanya-duanya perlu seiring dan bergandingan.

Tidak lengkap pemimpin berjawatan tanpa pengaruh ahli. Juga tidak sempurna pemimpin yang terbina dengan pengaruh ramai tanpa kuasa dan panduan. Justeru bina pengaruh dan pastikan pelapis juga turut dihasilkan.Apa yang lebih penting bagi kita sebagai pemimpin, muhasabah kembali sama ada kita pemimpin yang perlu dipimpin ataupun pemimpin yang boleh memimpin?.

Sebagai pemimpin juga,saya ingin menegaskan kita perlu tenang dalam sebarang tindakan.Apatah lagi ia adalah sifat baik yang perlu ada kepada setiap pemimpin. Pastikan kita sentiasa mempamerkan ketenangan dan kematangan ketika berhadapan dengan mereka yang dipimpin. Jangan sekali-kali menggunakan pendekatan emosional dan terburu-buru. Pandu minda dan hati serta ekpresikan wajah dan perilaku dengan teratur dan tenang.Jangan menggelabah.

Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah Tanziman ada menggariskan panduan kepimpinan dalam kosa kata tenang dalam bertindak sebagaimana berikut (Hamka,2002) :

“ Sesiapa yang terburu-buru (isti’jal qabla awanihi), maka dia akan mengalami kerugian (u’qiba bihirmanihi)”

Justeru, pendekatan yang paling baik bagi seorang pemimpin adalah bertenang dalam setiap tindakan dan keputusan. Pastikan diri mampu dikawal agar tidak mengambil pendekatan agresif yang hanya merugikan kebolehan diri dan mencacatkan bakat kepimpinan. Tindakan terburu-buru juga akan menampakkan kebodohan pemimpin disamping akan merugikan sokongan pengaruh. Oleh itu, bertindaklah secara rasional dan tenang.Guna sebaik mungkin minda kurniaan Ilahi.

Sebelum mengakhiri kalam bicara ini, barangkali ada yang menelah setiap perkara yang dikongsikan di atas. Siapalah diri saya dalam memperkatakan soal kepimpinan.Cuma satu harapan agar yang baik dapat sama-sama dimanfaatkan dan ia hanyalah sekadar peringatan untuk diri dan semua sama ada yang telah,sedang mahupun akan bergelar.

Jadi, apa yang lebih penting bagi kita yang melabel atau dilabel sebagai pemimpin, perlu muhasabah kembali sama ada kita pemimpin yang perlu dipimpin ataupun pemimpin yang boleh memimpin?.Sekian.

penapemuda – dari bertatih cuba berjalan kemudiannya berlari..

Mahasiswa Malaysia tidak redha ditindas


KUALA LUMPUR, 24 Jan: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa negara ini tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mereka.

Demikian kenyataan media SMM kepada Harakahdaily hari ini berhubung tangkapan sembilan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semalam.

Menurut kenyataan itu, seluruh mahasiswa IPTA semalam telah melakukan perarakan aman menuntut demokrasi bersih (walk for democracy) bermula dari Dataran Merdeka sehingga pusat membeli belah Sogo sekitar jam 10.30 pagi hingga 1 petang.

Perhimpunan tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati mahasiswa Malaysia ke atas pencabulan demokrasi kampus dan hak-hak mahasiswa.

Kenyataan itu menambah, mahasiswa turun untuk memberitahu kepada rakyat bahawa suara mahasiswa selama ini tidak didengari malahan dianggap rendah oleh pihak pentadbiran universiti yang melibatkan hal Ehwal Pelajar hampir di semua kampus.

Mahasiswa kecewa dengan tindakan tidak profesional terhadap kekasaran polis serta tindakan provokasi mereka sehingga menyebabkan sembilan orang mahasiswa ditangkap dalam perarakan berkenaan.

Dalam tangkapan tersebut juga, mahasiswa beranggapan tindakan polis melambatkan pembebasan mereka semalam sebagai satu tindakan yang tidak adil, seolah-olah mahu menyeksa mereka di dalam lokap lebih lama.

Mereka ditahan pada pukul 1 petang dan dibebaskan selewat jam 12 tengah malam. Tempoh itu sangat lama dan keadaan ini telah memberikan tekanan kepada tahanan.

Bagi SMM, polis juga dianggap tidak amanah dan telah menyalahgunakan tugas sehingga menghalang peguam untuk berjumpa dengan tahanan sedangkan di bawah Seksyen 28(A) Kanun Prosedur Jenayah, mahasiswa berkenaan seharusnya diberikan akses kepada peguam pilihan mereka untuk berjumpa.

“Oleh yang demikian, kami di peringkat mahasiswa ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa Malaysia tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mahasiswa,” ujar SMM dalam kenyataan itu.

Apa itu MPP?


Ditulis oleh : NOOR AIMRAN BIN SAMSUDIN

Mahasiswa Tahun 3, Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah

Fakulti Alam Bina

Setiap tahun kepimpinan silih berganti. Melalui pemilihan demokrasi, mahasiswa memilih perwakilan mereka melalui sebuah pilihan raya kampus. Siapakah MPP? MPP merupakan singkatan kepada Majlis Perwakilan Pelajar atau Majlis Perwakilan Mahasiswa (belum diwartakan). Majlis ini merupakan sebuah entiti organisasi tersusun yang diiktiraf oleh pentadbiran universiti bagi mewakili suara mahasiswa yang. Adalah mustahil pihak pentadbiran dapat mendengar semua pandangan, komen, cadangan dan aduan dari setiap mahasiswa di sesebuah kampus. Oleh itu diwujudkan 2 kategori kerusi bagi mewakili mahasiswa di peringkat kerusi umum dan fakulti manifestasi gambaran pilihan raya di luar iaitu kerusi parlimen dan DUN. Adalah tidak benar seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak, bahawa MPP hanya sebagai sebuah badan eksekutif yang menerima pelbagai kelebihan & kemudahan dari pihak pentadbiran tetapi gagal dalam menyuarakan isu kebajikan mahasiswa di kampus. Jika hendak dikira, terlalu banyak mesyuarat telah dianjurkan di pelbagai peringkat, bagi memperjuangkan agenda kebajikan mahasiswa sehingga peringkat nasional.

Pada pendapat saya faktor tempoh kepimpinan yang terlalu singkat (setahun bagi setiap sesi) untuk melakukan perubahan yang benar-benar efisyen adalah salah satu faktor mengapa sering kali terdapat pihak yang mengatakan MPP gagal membuat sebarang perubahan secara drastik. Walhal jika dilihat kepada pelbagai cadangan yang telah dikemukakan kepada pihak pentadbiran, pelaksanaannya mungkin mengambil masa tertentu, barangkali sehingga kita sebagai mahasiswa itu sendiri sudah bergelar graduan dan telah bekerja! barulah sesuatu pembangunan dapat dinikmati oleh adik-adik kita. Saya pernah terbaca bahawa, hasil suatu perancangan bukanlah untuk kita nikmati semasa zaman kita sebaliknya untuk generasi masa hadapan. Begitu juga dengan kita yang sebenarnya, pelbagai kemudahan yang dinikmati sekarang telah dirancang oleh kepimpinan sebelumnya.

Namun itu bukanlah alasan untuk perwakilan kita di barisan hadapan untuk bersenang-lenang. Takkala sebelah pagi bergegas ke dewan kuliah menuntut ilmu di malam hari pula bergelumang di meja persidangan bagi menyelesaikan masalah atau menguruskan aktiviti pembangunan mahasiswa. Di hujung minggu jika ada sahabat kita yang mampu untuk pulang ke kampung halaman bertemu ahli keluarga, perwakilan kita pula sebulan sekali belum tentu dapat pulang ke rumah kerana tuntutan menghadiri pelbagai program, seminar, persidangan dan memenuhi jemputan yang lain. Adalah tidak wajar jika ada pihak tertentu yang cuba menjatuhkan kreadibiliti kepimpinan tertinggi mahasiswa iaitu MPP dimana terletaknya kepercayaan beribu-ribu mahasiswa yang mengundi perwakilan mereka.

Ini adalah perkara normal setiap kali menjelang PRK. Tidak hairanlah apabila PRK tiba, maka munculah kumpulan tertentu yang cuba memainkan sentimen tertentu serta mewujudkan perasaan ketidakpuashatian, seolah-olah ditindas bagi meraih simpati murahan mahasiswa yang nyata lebih bijaksana dan tidak mudah terpengaruh akan percaturan seperti ini setiap kali PRK. Mengapa setiap kali PRK maka barulah bertin-tin petisyen diedar yang kononnya mengandungi sokongan seluruh mahasiswa kampus mengenai ketidakadilan PRK berbunyi. Sedangkan setahun merupakan tempoh yang lama, tidak pula ada bantahan secara rasmi kepada KPT atau pentadbir. Malah setiap tahun tidak pula dikemukakan bukti penyelewengan tersebut.

Tatkala masih ada yang ikhlas, berkerja keras setiap hari bagi memastikan segala aduan dan permasalahan mahasiswa dapat diselesaikan namun masih ada segelintir pihak yang hanya pandai menabur fitnah, tohmahan dan kritikan semata-mata tanpa bukti yang kukuh malah cadangan bernas. Mengapa kesilapan dan kesalahan itu yang dicari? Mengapa tidak bersama-sama mahasiswa lain untuk turut membantu melontarkan idea-idea bernas bagi membantu membangunkan mahasiswa secara holistik?

Tidak dinafikan masih ada individu tertentu yang culas melakukan tanggungjawab walaupun telah dipilih dan dipertanggungjawab oleh pengundi mereka. Perkara ini pada hemat saya perlu dilihat dalam konteks diri sendiri. Walaupun kita bukanlah seorang pemimpin, kita masih perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri, apatah lagi perwakilan kita yang dipilih oleh beribu-ribu pengundi mereka!. Pemimpin tidak mampu berdiri tanpa penyokong dan pengundi iaitu mahasiswa sekalian yang juga terdiri daripada rakan-rakan kita. Kerjasama serta hubungan yang membina antara perwakilan pelajar, mahasiswa dan pihak pentadbiran merupakan kunci terpenting dalam usaha membangunkan pembangunan mahasiswa secara holisitik.

Tidak cukup dengan hanya memakai pakaian bewarna cerah, menggantung poster, berarak sana sini, menyanyi lagu-lagu tema, menuduh pihak tertentu melalui flyers dan melakukan pelbagai provokasi yang tidak sihat malah melanggar norma-norma peraturan sedia ada semasa tempoh berkempen dapat memastikan calon yang dipilih mampu melaksanakan tugas dengan baik setahun berikutnya. Mungkin ada calon yang sanggup menyimbah cat pada kenderaan sendiri bagi meraih simpati murahan dan pelbagai strategik tidak sihat yang dicedok dari luar kampus bagi memenangi PRK kali ini. Oleh hal demikian, saya ingin mengajak anda sekalian, para mahasiswa untuk terus bersama-sama memilih barisan perwakilan pelajar yang benar-benar berkualiti, berkarisma, berilmu dan mampu membawa perubahan yang lebih baik kelak.

Ayuh sebagai seoarang mahasiswa, kita seharusnya tidak mudah terpedaya dengan provokasi dan penulisan yang tidak membina di blog-blog picisan sempena PRK kali ini. Selidiklah terlebih dahulu kerana anda seorang yang bijak. Mahasiswa yang bijak haruslah sentiasa responsif serta aktif. Segala sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh mahasiswa sekalian amatlah dihargai oleh kami di saf-saf kepimpinan mahasiswa terdahulu. Semoga legasi kepimpinan yang benar-benar ikhlas, tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu dan kepimpinan terarah dapat dihasilkan dalam PRK tahun 2010 ini. InsyaAllah. Sekian setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada anda, mahasiswa UTM.


Selamat Mengundi!

PMIUTM mempengerusi perbincangan antara Pro-M dan Evo-M


Laporan oleh : Asmah Binti Andy


Skudai, 13hb Jan: Semalam telah berlangsung satu pertemuan di antara Presiden PMIUTM, Saudara Mohd Khairul B. Abdullah Halim dengan peggerak utama bagi dua entiti mahasiswa yang akan bertanding dalam pilihanraya kampus UTM yang bakal berlangsung pada 28hb Januari akan datang. Pertemuan tersebut yang diadakan atas inisiatif pihak PMIUTM disambut baik oleh kedua-dua wakil kumpulan yang terlibat iaitu Pro-Mahasiswa dan Evolusi Mahasiswa. Pro-Mahasiswa diwakili oleh Saudara Nur Azim Fahada Ahmad, pengerusi Pro-M UTM merangkap Exco Kebajikan MPM UTM manakala pihak Evolusi Mahasiswa UTM pula diwakili oleh Saudara Abdul Hadi Abdul Halim, Presiden MPM UTM, Saudara Mohd Zaki Bin Omar, Naib Presiden Fakulti MPM UTM, Saudara Mohd Izwan Yusof, Naib Presiden Kolej MPM UTM serta pembantu felo Kolej Dato Onn Jaafar (KDOJ).



Saudara Mohd Khairul ketika ditemui berkata, pertemuan tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan dengan isu-isu yang berlegar di sekitar PRK UTM yang bakal berlangsung pada akhir Januari ini.
“Pertemuan ini diadakan adalah disebabkan beberapa insiden provokasi yang berlaku baru-baru ini di antara kedua-dua belah pihak. Di sini, PMIUTM memandang serius tentang provokasi yang berlaku sehingga menyebabkan suasana menjelang PRK pada kali ini menjadi semakin panas.”

“Pihak PMIUTM bukannya berniat untuk menyekat kehangatan gelombang PRK yang diciptakan oleh kedua-dua belah pihak, namun suasana “panas” yang sedang berlaku dilihat tidak menguntungkan mahasiswa. Apa yang berlaku fitnah-memfitnah serta ugut-mengugut dan beberapa kejadian yang tidak sepatutnya. Saya takut perkara-perkara ini menjadi satu budaya yang tidak baik dalam kalangan mahasiswa”, tambah beliau.

“Oleh yang demikian, kami mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan kedua-dua belah pihak bagi membincangkan tentang isu-isu yang timbul di samping cuba mencari penyelesaian yang terbaik supaya perjalanan PRK pada tahun ini berlaku dalam suasana yang lebih intelektual, menunjukkan kematangan mahasiswa berpolitik, bukan hanya provokasi murahan yang menunjukkan mahasiswa yang tidak bertamadun dan tidak berpendidikan.”

Jelas beliau lagi, hasil daripada pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak telah mencapai kata sepakat untuk cuba mengurangkan provokasi-provokasi yang boleh menjejaskan jentera masing-masing dan menjejaskan nama baik UTM. Di samping itu, mereka akan bertanding dalam suasana yang sihat dengan menonjolkan kredibiliti, kehebatan serta kematangan calon-calon yang mewakili kedua-dua kumpulan tersebut. Calon-calon juga akan diberi ruang yang seluas-luasnya dalam sesi rapat umum yang bakal diadakan dalam tempoh kempen yang akan diadakan selepas sesi penamaan calon.
Pertemuan selama hampir 2 jam itu turut membincangkan tentang matlamat kedua-dua kumpulan yang bertanding.

“Pada dasarnya saya melihat bahawa apa yang diperjuangkan oleh kedua-dua belah pihak hampir sama, iaitu seiring dengan aspirasi universiti itu sendiri. Mendokong gagasan budaya ilmu yang telah digagaskan oleh Dato’ Naib Canselor, menghasilkan mahasiswa yang berintelektual serta memperjuangkan kebajikan mahasiswa merupakan matlamat yang cuba dibawa oleh kedua-dua belah pihak. Walaubagaimanapun, method yang dibawakan oleh kedua-dua pihak berlainan. Masing-masing mempunyai pendirian yang tersendiri. Sebagai contoh, pihak Pro-Mahasiswa nampak lebih terbuka dalam membawa ideologi mereka ” jelas Khairul.

"Dalam perbincangan ini juga, kami bersepakat mengenai penglibatan pengetua-pengetua kolej kediaman terhadap pilihanraya kampus. Manipulasi daripada pihak pengetua harus dihentikan segera agar pilihanraya kampus akan datang bersih daripada campur tangan pihak luar "

Kedua-dua kumpulan tersebut juga turut memperjuangkan supaya dibentuk kumpulan-kumpulan politik yang mewakili mahasiswa dalam pilihanraya kampus akan datang. Menurut Abdul Hadi, pihak MPMUTM telahpun menggagaskan idea tersebut kepada pihak pentadbiran UTM namun sehingga kini masih belum diluluskan.

“PMIUTM mengharapkan agar pilihanraya kampus pada kali ini dapat berlangsung dengan penuh demokrasi, harmonis dan berintegriti. Inilah pilihanraya kampus. Mahasiswa yang dianggap sebagai golongan berpendidikan, yang berada dalam suasana ilmu sepatutnya mempamerkan akhlak yang terpuji, bukannya menampakkan kita sebagai golongan yang mudah untuk dimanipulasi untuk mengikut suasana di luar kampus. Kami juga menyeru kepada seluruh warga mahasiswa UTM agar sedar akan kepentingan pilihan raya kampus sebagai medan untuk memilih pimpinan mahasiswa. Buatlah pilihan yang terbaik. Biarlah MPM yang bakal dibentuk nanti adalah pemimpin mahasiswa yang boleh membawa suara mahasiswa dan bukannya pemimpin yang menjadi boneka pada mana-mana pihak” tambah Khairul.

Sumber : PMIUTM

Siapa itu mahasiswa??



Oleh : Abdul Hadi Alias

Kata-kata tokoh revolusi terkenal dunia banyak dikaitkan dengan anak muda. Kata-kata Sukarno, Pak Engku Aziz dan lain-lain tentang kepentingan anak muda antara yang paling popular di kalangan mahasiswa. Kata-kata ‘keramat’ ini masih diungkapkan sehingga kini, terutama di kalangan pendokong-pendokong gerakan mahasiswa.

Reality check

Hakikat mahasiswa sebagai check and balance agent kepada pimpinan semasa samada daripada kerajaan atau pembangkang pada hari ini sebenarnya suatu mimpi di siang hari. Ia seolah-olah membangga-bangga pencapaian lalu sedang hakikat mahasiswa kini tidak lain hanyalah suatu entiti yang dipandang enteng oleh pihak pemimpin terutama di pihak kerajaan. Cerita-cerita ‘demonstrasi Baling’ dan kebangkitan mahasiswa di era 80-an masih menjadi ‘motivasi’ kepada golongan mahasiswa untuk bangkit memacu perjuangan mahasiswa yang kian suam.

Isu-isu dicipta bagi membangkit semangat mahasiswa untuk bangun dan kembali menyengat. Hakikatnya, isu-isu ini hanya mendapat perhatian daripada sebilangan kecil mahasiswa. Mahasiswa pro-pembangkang lebih mudah terpengaruh dengan isu-isu peringkat mahasiswa ini berbanding dengan mahasiswa pro-kerajaan yang kelihatan lebih senang menggunakan kelebihan yang ada pada mereka selaku pro-kerajaan tanpa perlu terlalu menonjol. Namun, lebih ramai memilih untuk tidak menyokong mana-mana pihak, dengan memberikan pelbagai alasan termasuk tekanan akademik dan tidak ’suka’ akan politik.

Mahasiswa mencari-cari isu yang boleh menyatukan semua mahasiswa di seluruh negara, supaya mahasiswa menjadi suatu kuasa besar yang tidak boleh dipandang mudah oleh pemimpin masa kini. Namun, dalam keghairahan mahasiswa mengejar isu, kadang kala kelihatan keterlaluan dan dibuat-buat.

Taboo


Situasi yang melanda gerakan mahasiswa seharusnya dipandang dengan lebih serius. Mahasiswa tiada ruang dan peluang untuk bercakap, menyumbang dan paling menyedihkan tiada ruang untuk berfikir tanpa pengaruh luar. Program-program mahasiswa disekat, dan percambahan ilmu di kalangan mahasiswa hanyalah sekitar subjek pembelajaran masing-masing.

Politik adalah taboo di kalangan mahasiswa, hinggakan menjemput ahli politik berdiskusi dilihat suatu dosa besar di kalangan gerakan mahasiswa. Tekanan-tekanan sebegini betul-betul mengganggu gerakan mahasiswa dan akhirnya, mahasiswa penat dan letih dalam bergerak kerja dan lebih ramai mahasiswa lebih gembira untuk mengfokuskan usaha kepada akademik semata-mata.

Pihak pentadbiran dilihat memilih apa yang boleh difikir dan apa yang boleh dibuat oleh mahasiswa. Program-program tipikal seperti program anak angkat, gotong royong dan konsert kebudayaan dibanyakkan dengan menolak program-program yang dilihat boleh membawa mahasiswa ke suatu pemikiran yang lebih matang dan dewasa.

Terbaru, program Forum Terbuka Bantah E-Voting (BANTAH) mendapat sekatan maksimum daripada pihak universiti dan akhirnya ditarik balik kelulusan program daripada pihak universiti. Panelis utama, Prof Aziz Bari juga akhirnya akur dengan tekanan semasa dan menarik diri daripada forum tersebut. Forum ini, yang merupakan antara program mahasiswa paling releven sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini menjadi mangsa kejumudan pihak pentadbiran yang tidak mahu mahasiswa bersuara dan berfikir dengan otak sendiri.

Omong-omong kosong?

Peliknya, ruang-ruang program bercorak hedonism tidak pernah disekat. Konsert-konsert dengan mudah masuk ke dalam kampus. Bahkan, gerakan menghalang konsert daripada diadakan di dalam kampus dilihat suatu usaha primitif dan ketinggalan zaman. Artis-artis dengan mudah dijemput ke dalam program kampus. Kampus sebagai pusat ilmu tidak pula dilihat ‘terganggu’ dengan kehadiran artis-artis yang kebanyakannya tidak berlatar belakangkan sebagai ahli akademik.

Imej Mahasiswa/Pelajar

Imej mahasiswa yang digambarkan di televisyen, akhbar dan lain-lain medium perhubungan ialah sekumpulan manusia berusia muda yang dibolehkan tergedik-gedik, pentingkan cinta monyet berbanding perkara negara dan tidak perlu susah payah menyertai gerakan mahasiswa kerana itu semua lapok.

Pelajar universiti digambarkan memakai baju ketat berwarna warni dan sibuk kejar mengejar cinta di ‘kolej’ masing. Tiada gambaran dalam mana-mana drama televisyen bahawa mahasiswa itu bergerak dalam gerakan dakwah di kampus atau gerakan mahasiswa. Semua gambaran yang ada seolah-olah berkiblatkan barat semata-mata. Mentaliti dan gambaran ini ditanam sejak awal di kalangan pelajar terutama lepasan SPM yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPT-IPT seluruh dunia.

Akhirnya, mahasiswa semakin lesu dan semakin lemas dalam kolam buatan sendiri.

Walaupun gerakan mahasiswa kelihatan masih releven, tersusun dan pelbagai, namun hakikat pahitnya, gerakan ini dipelopori sebilangan kecil, bahkan amat kecil daripada kalangan mahasiswa. Sebutlah apa sahaja nama gerakan mahasiswa, semua gerakan itu dipelopori orang yang sama, daripada kelompok yang sama dan berpusing di kalangan mereka yang sama. Kelompok lebih besar masih begitu, dibuai keindahan kehidupan sebagai ‘anak muda’.

Saya bukan pendokong gerakan mahasiswa, malah pernah memandang sinis gerakan mahasiswa yang kadang kala ‘lebih sudu dari kuah’ tapi perkembangan semasa amatlah menyedihkan malah membimbangkan.

Tekanan keterlaluan kepada gerakan mahasiswa perlu dihentikan serta merta. Generasi muda inilah yang perlu dibentuk untuk menjadi pemimpin masa hadapan, jika tidak masa kini sekalipun. Menyekat kebebasan mahasiswa seolah-olah memberi acuan yang sama kepada semua mahasiswa, yang akhirnya menjadi robot yang mementing perut sendiri tanpa memikirkan masalah semasa negara. Buktinya sudah ada, bilangan mahasiswa yang mendaftar sebagai pemilih amat rendah, dan mereka tidak pernah ambil tahu pasal itu.

Akhirnya, negara hancur lebur di tangan perasuah!!!

"BANTAH lancar petisyen online, sedia ke jalan raya"


KUALA LUMPUR, 12 Jan:
Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (Bantah) melancarkan kempen petisyen online serta kutipan 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak agar sistem pengundian secara elektronik atau e-undi dimansuhkan segera dari diguna pada Pilihan Raya Kampus akan datang ini.

Pengerusinya, Mohd Aizat Salleh memaklumkan, petisyen dan kutipan tandatangan tersebut akan diserahkan kepada beberapa pihak berkaitan termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan juga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

"Petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Amnesty International Malaysia (AIM), Malaysian For Free and Fair Election (MAFREL) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)," katanya.

Ia bertujuan bagi NGO-NGO terbabit bertindak menyiasat dan mengkaji dakwaan ketidaktelusan sistem tersebut.

Selain itu ujar Aizat, ia juga sebagai aduan mahasiswa terhadap pencabulan hak asasi serta hak kebebasan akademik dan mahasiswa di dalam universiti.

"Bantah berharap NGO seperti Amnesty International Malaysia (AIM) selaku pertubuhan bertaraf antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi masyarakat dunia, agar membawa isu ini ke peringkat antarabangsa", katanya lagi.

Petisyen online tersebut boleh dibuat dengan melayari pautan laman http://www.petisyen.com/petition/31/referendum_mansuhkan_penggunaan_sistem_e_undi_di_dalam_pilihan_raya_kampus.html

Behubung KPT pula, beliau memberitahu, referendum kali ini sebagai penerusan kepada bantahan setelah melihat beberapa memorandum yang dihantar sebelum ini tidak diberi respon baik oleh pihak kementerian.

Namun tegasnya, jika usaha kali ini juga gagal, mereka akan menggunakan jalan raya sebagai medan bantahan kali berikutnya.

"Ia adalah tindakan profesional terakhir kita setelah memorandum-memorandum bantahan yang dikemukakan oleh Bantah sebelum ini dibakul-sampahkan oleh KPT.

"Jika usaha ini tidak juga berhasil, dan KPT tetap dengan pendiriannya, maka Bantah akan memobilasi ribuan mahasiswa untuk turun ke jalan raya berdemonstrasi sebagai jalan terakhir," katanya.

Sebelum ini, selain memorandum, Bantah turut menganjurkan forum membincangkan dakwaan kepincangan dalam sistem e-undi.

Beberapa aspek yang dibantah termasuklah dari segi kerahsiaan pengundi, wujud ruang manipulasi, kos yang tinggi, pencerobohan jika berlaku masalah teknikal dan pencabulan hak mahasiswa.

Sumber : Harakahdaily


Berpaksi Inovasi, Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai Tinggi

Oleh: Siti Hasunah Binti Mohammad**

"Berpaksi Inovasi, Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai Tinggi"; judul terbaru buku Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang menjadi tema kepada perutusan tahun baru Dato' bagi sesi 2010. Mengimbas kembali tema perutusan tahun 2009, "Mewarisi Perjuangan, Menjayakan Transformasi, Memacu Kegemilangan"; Dato' menyatakan harapannya agar tema tersebut terus difahami dan dihayati kerana dari situlah 100 inisiatif baru berjaya dilaksanakan sepanjang tahun lepas.

Memetik definisi daripada buku merah jambu setebal 106 muka surat ini, 'berpaksi inovasi' bermaksud menjadikan budaya inovasi sebagai teras perkembangan universiti selari dengan konsep budaya ilmu yang menggalakkan pembaharuan, kreativiti dan dinamisme. 'Mengangkasa' adalah frasa meletakkan sesuatu pada kedudukan yang tinggi, nun jauh di angkasa, sebagaimana angkasawan melepasi ruang atmosfera. Frasa 'mengangkasa universiti' bermaksud mengangkat UTM ke martabat tinggi supaya kedudukan dan kepentingannya dapat dihargai dan dihayati semua pihak, bukan hanya mahasiswa dan komuniti akademik, malah seluruh lapisan masyarakat. 'Menjana nilai tinggi' pula merujuk kepada pengkayaan dan penyuburan idealisme, minda dan kemahiran untuk membolehkan kita membina kemajuan dengan memberi nilai tambah menerusi proses inovasi kepada sesuatu konsep, gagasan, perkhidmatan atau produk yang memberi manfaat kepada masyarakat atau khalayak pengguna. (m/s 2-3)

Buku ini menghuraikan tahap pencapaian UTM pada tahun 2009 berdasarkan Key Performance Index (KPI) yang telah digariskan oleh Dato' seperti dalam Jadual 1.

Menurut Dato', KPI yang jelas haruslah ditetapkan dengan menitikberatkan pelbagai aspek pengurusan dan dimensi pendidikan lain yang secara tidak langsung menyumbang kepada KPI universiti. Inisiatif seperti pakej Budaya Ilmu, Eco-Tourism Campus, konsep Kerja Berpasukan dan Pelan Transformasi Mahasiswa merupakan antara aspek lain yang telah dilancarkan pada tahun 2009 bagi menyumbang kepada kemajuan UTM. Melalui kaedah Balanced Scorecard (BSC) yang menghubungkan strategi kepada visi dan misi universiti, pencapaian sasaran KPI sepanjang tahun 2009 dinilai (lampiran BSC 2009 boleh didapati di dalam buku ini) dan didapati aspek keboleh-pasaran graduan (employability) agak rendah bagi kebanyakan fakulti akibat daripada krisis kewangan dunia. Namun, terdapat juga fakulti yang mengatasi sasaran 85% keboleh-pasaran yang ditetapkan iaitu Fakulti Pendidikan, Fakulti Alam Bina dan Fakulti Sains dan Sistem Maklumat.

Dari segi inovasi, UTM merupakan penjana utama harta intelek negara dengan jumlah keseluruhan jenis Indeks Persepsi (IP) bagi sepanjang tahun 1990 hingga 2009 sebanyak 1561 (Jadual 2, m/s 8). Bilangan mahasiswa pascasiswazah di UTM adalah paling tinggi di Malaysia dalam bidang teknologi dan kejuruteraan dengan peratusan 43.35% daripada keseluruhan IPTA tempatan (Jadual 3, m/s 9). Paling menarik dalam BSC 2009, pengurusan kewangan secara lebih terancang telah ditetapkan untuk memastikan keefisienan organisasi. Buat pertama kalinya dalam BSC 2009, sasaran kos operasi sebanyak RM17,000 bagi seorang mahasiswa ditetapkan, namun yang dicapai masih jauh daripada sasaran, iaitu RM21,671. Dato' amat menekankan mengenai pengurusan kewangan ini dan berpesan agar tidak terlalu banyak program yang kurang bermanfaat seperti jamuan makan yang berlebihan diadakan bagi mengelakkan pembaziran.

Bagi memacu kecemerlangan UTM untuk sesi ini, sikap positif perlu menjadi pegangan setiap warga UTM. Antara 5 sikap positif yang disebut oleh Dato' di dalam bukunya ialah:
  • Berani berubah untuk tidak rebah
  • Budaya kerja kelas pertama
  • Sistem penyampaian terbaik
  • Semangat pengorbanan
  • Budaya kerja berpasukan
Gagasan kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Razak, "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" menjadi tumpuan untuk memacu kecemerlangan UTM di mana 8 Nilai Aspirasi Nasional dalam gagasan tersebut cuba untuk dilaksanakan di kampus ini.

Pelbagai strategi disasarkan untuk menghadapi lima faktor dalaman dan persekitaran, iaitu ranking universiti, mahasiswa, penjenamaan, penerbitan dan kewangan. Kedudukan UTM berbanding universiti lain di dunia adalah pada tangga ke 320 bagi tahun lepas. Jadual 6 pada muka surat 40 menunjukkan untuk menjadi universiti yang lebih baik dan berprestij, nisbah staf kepada mahasiswa perlu ditangani segera. Dengan nisbah 1:10.3, UTM perlu melangkah jauh untuk mendekati nisbah Universiti Harvard, 1:2.18. Untuk mendekati nisbah angka tersebut, tindakan strategik diperlukan, sama ada menambah bilangan staf akademik atau mengurangkan mahasiswa ijazah pertama.

Maka, pelan strategik yang dirancang adalah seperti dalam Jadual 8 pada muka surat 43.

Jadual 8 Pelan Tindakan Strategik untuk Ranking UTM 2010
Beberapa inisiatif berkaitan dengan mahasiswa juga bakal dimulakan pada tahun 2010, antaranya meningkatkan kemudahan jalur lebar kemudahan internet UTM daripada 167 Mbps kepada 400Mbps, mengurus dan membiayai sebahagian kos penghantaran 5,000 orang mahasiswa UTM bagi mengikuti Program Global Outreach sepanjang tahun 2010, dan sebagainya.

Dari segi penjenamaan pula, selain menggunakan tagline "Menjana Minda Kreatif dan Inovatif", pihak pengurusan juga sedang mengkaji penamaan "UTM Kampus Skudai" berikutan kesukaran untuk menunjukkan lokasi Skudai dalam peta dunia kepada kenalan UTM. Dato' secara peribadi berpendapat, kampus induk UTM perlu dijenamakan semula sebagai "UTM Johor Bahru." Kajian yang akan diketuai oleh Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi, Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman, tentang penjenamaan semula kampus induk dijangka siap untuk diumumkan sebelum Mac 2010.

Konsep Inovasi Seluruh Dimensi turut dilaksanakan dalam setiap aspek kegiatan kampus, termasuklah tujuh bidang tugas utama, iaitu pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran, penyelidikan dan pembangunan, penulisan dan penerbitan, perunding dan khidmat profesional, pembangunan staf dan mahasiswa serta tanggungjawab sosial universiti. Semua warga UTM perlu berganding bahu untuk mengupayakan inovasi dalam pengurusan agar pencapaian organisasi melayakkan UTM menjadi Universiti Penyelidikan Inovatif terulung. Inisiatif khas dari segi kerjasama dengan universiti luar negara turut dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2010 bagi memastikan UTM mempunyai competitive edge (Jadual 12, m/s 82-83).

*Buku ini dikupas oleh Dato' dalam Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2010 semasa Perjumpaan Bulanan bersama Nabi Canselor UTM pada 11 Januari 2010 di Dewan Sultan Iskandar UTM.

**Penulis merupakan Timbalan Pengerusi Jabatan Kerohanian dan Sosial Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (JAKERS MPPUTM) sesi 2008/2009 dan ahli Lujnah Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMI UTM)

Sumber : Usrah PMIUTM

"Sekatan Web : Tindakan yang merugikan", Kata Pro M


  • UTM Skudai, 12 Jan - Tindakan pihak pentadbiran universiti menyekat capaian mahasiswa ke laman web rasmi Pro Mahasiswa UTM telah menaikkan peratusan penyokong Pro Mahasiswa UTM dari kalangan warga kampus.

    Tinjauan wartawan Pro-Mahasiswa UTM di kampus Skudai mendapati rata-rata mahasiswa menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan pihak pentadbiran yang dilihat telah mencabuli kebebasan hak mahasiswa menyuarakan pandangan.


    Mereka turut bersimpati dengan sekatan yang dikenakan terhadap pergerakan Pro-Mahasiswa UTM dan menyatakan sokongan mereka dalam memperjuangkan hak mahasiswa di UTM.

    "Pihak pentadbiran seharusnya memahami keperluan mahasiswa untuk mendapatkan maklumat. Tindakan pentadbiran menyekat blog pro-m merupakan satu pencabulan hak." ujar Kah Wai, mahasiswa tahun 3.

    Ramai juga di antara mereka mempersoalkan tindakan pentadbiran yang dilihat berat sebelah kerana hanya menyekat web Pro-M UTM sedangkan blog Evolusi Mahasiswa masih boleh dilayari.

    "Mengapa mereka tidak sekat blog Evo-M sekali? Tiada guna blog mereka masih boleh dilayari jika mereka tidak kemaskini blog mereka. Kami mahukan informasi, bukan blog basi!" nyata seorang warga kampus yang enggan identitinya didedahkan.

    Warga kampus juga turut menghulurkan bantuan kepada Pro-Mahasiswa UTM dengan mencuba pelbagai cara bagi membolehkan lidah rasmi Pro-M UTM dapat didengari oleh segenap lapisan warga kampus.

    Mahasiswa hari ini merupakan anak muda generasi Y yang bijak menilai sesuatu perkara. Kini, mahasiswa tidak lagi mudah diperbodohkan oleh pihak-pihak yang gemar mengambil peluang atas kekuasaan yang mereka ada. Sekatan informasi merupakan satu penghinaan kepada mahasiswa.

    Dalam pada itu, Mohd Ainuddin seorang aktivis Pro-Mahasiswa UTM telah menyatakan keraguannya terhadap kesungguhan pihak pentadbiran Hal Ehwal Pelajar & Alumni dalam menjayakan Pelan Transformasi Pembangunan Mahasiswa (PTPM) yang dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor HEP A,Profesor Dr. Mohd Tajuddin Ninggal sempena Minggu Haluan Siswa UTM sesi 2009/2010.

    "Saya sangsi terhadap kesungguhan HEP dalam membangunkan Mahasiswa. Tindakan ini jelas bercanggah dengan kerangka PTPM yang menyatakan bahawa ledakan teknologi maklumat menjadikan mahasiswa lebih berilmu dan peka dengan suasana kehidupan masyarakat." jelas Ainuddin.

    Jelas beliau lagi "Dengan menyekat mahasiswa bersuara bererti pihak pentadbiran telah menyekat pemikiran mahasiswa. Sekiranya mereka mahukan mahasiswa yang mempunyai contemplative thinking, jangan biarkan kami mahasiswa berada dalam keadaan cognitive dossonance."
  • Adakah politik kampus dicemari politik luar?


    Oleh : Tautan Fikiran Suhaimi

    Politik semasa hari ini tidak memungkinkan negara kita mampu berada dilandasan pembangunan yang kukuh, baik dari segi ekonomi ataupun perkembangan sosial yang baik. Sejak dari tahun 2008, suasana politik negara berubah dengan amat ketara. Saya melihat pelbagai perkara yang tidak patut berlaku, kini menjadi santapan pemikiran kita, didada akhbar atau pun di medan maya. Rakyat umumnya, dan mahasiswa khususnya seakan-akan tersepit dicelah pertembungan pemikiran politik sehingga keliru dalam mencongak halatuju dan keadaan negara dimasa hadapan.

    Bukan tujuan saya menyentak pegangan politik mana-mana individu, sebaliknya saya sebagai mahasiswa cuba mengajak rakan-rakan seperjuangan berfikir mengenai nasib golongan siswa seperti kita dalam negara Malaysia khususnya pelajar UTM.

    Tidak dinafikan dalam mana-mana universiti sekalipun telah diwujudkan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang dulunya kita kenali sebagai MPP, diharapkan menjadi wadah dalam perjuangan menuntut kebajikan para mahasiswa. Mahasiswa dikehendaki menjadi wakil secara sukarela atau pilihan, atau mungkin juga secara paksaan. Siswa-siswi juga mesti mengundi calon-calon yang terpilih dari kalangan terbaik dari segi kepimpinan.Ini demi memastikan mahasiswa didedah dengan politik, agar apabila keluar nanti, mahasiswa tidak akan terkejut dengan politik di luar.Itu yang tersurat dalam politik kampus.

    Namun saya ingin sekali menegur sikap kepimpinan mahasiswa yang kehilangan arah sebagai wakil mahasiswa. Teguran ini dituju kepada semua barisan kepimpinan termasuklah kepada pihak Evo-M dan Pro-M. Seingat saya, saudara Abdul Hadi,presiden MPM UTM pernah menghantar surat kepada Harakahdaily(akhbar PAS), mengenai betapa bangganyanya beliau dengan politik di UTM. Objektifnya supaya badan politik luar meniru cara berpolitik di kampus yang bagi saya sesuatu yang mustahil. Mungkin kerana dia sudah bosan dengan keadaan semasa disebabkan oleh politik luar yang melingkari serta mengganggu-gugat isntitusi mahasiswa UTM sendiri,saya amat memahaminya. Namun tidakkah dia mengerti tindakan tersebut lebih mendedahkan mahasiswa dengan politik luar?Cukuplah anda menjaga mahasiswa yang ada, buatlah program yang berfaedah, memberi manfaat kepada pelajar dari segi akademik dan sahsiah diri dari melibatkan kepimpinan dan mahasiwa dalam kancah politik luar yang cukup-cukup merosakkan. Anda sendiri dilihat menjadi Evo-M yang "berkuasa".Gunakan peluang tersebut.

    Apabila saya bertanya kepada wakil MPM sendiri dari Pro-M, mereka mengakui bahawa kepimpinan sekarang bukanlah yang sepatutnya berdiri sebagai presiden dan majlis tertinggi disebabkan kualiti mereka mentadbir dan mengurus kebajikan mahasiswa yang dikatakan "lembab".Kenapa? Program tidak bekualiti,terlampau sosial, Kurang pentarbiahan kepada mahasiswa, Merosak akhlak(konsert,battle of the band,dan sebagainya).

    Dalam masa sama saya cuba bertanya apakah tugas golongan "Pro-M" dalam organisasi MPM sendiri, dan melucukan beliau menjawab bahawa "Pro-M" bertindak sebagai "pembangkang(opposition)"i
    aitu melakukan "Check and Balance". Hendak saja saya menegur beliau bahawa "Anda juga gagal". Kenapa saya berkata demikian?Adakah mereka(Pro-M) melakukan tugas mereka ?bertindak menjadi "balancer" kepada MPM sendiri?Yang menyebabkan mereka berkata demikian terhadap Evo-M(Presiden dan MT)?Nampaknya kedua-dua pihak ini(Evo-M dan Pro-M) tidak melakukan tugas mereka.Perkara ini lah saya ingin samakan(dicemari) dengan politik luar iaitu "bercakap tak serupa bikin".

    Saya juga ingin menegur perkara berkaitan surat berantai, memohon mahasiswa untuk menyokong usul pindaan dan mewujudkan peraturan baru melibatkan kempen bakal calon MPM, penggunaan logo, dan keterlibatan Pengetua kolej dalam kempen yang mungkin dijadikan memorandum kepada Pentadbiran UTM. Bukan saya melarang, tetapi tidak pula saya menyuruh perkara seperti ini,tapi bagi saya ini adalah proses "indoktrinisasi senyap" , malah saya menganggap golongan yang menganjurkan ini terlalu takut untuk berdepan dengan mahasiswa sendiri, sehingga diwujudkan surat seperti ini. Hampir saja saya melabelkan mereka sebagai "kiasu".Sekurang-kurangnya tulislah Organisasi mana yang menganjurkannya, dapatlah mahasiswa kita kenali dan membuat pilihan.Sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak mencatat apa-apa walaupun sebaris nama.Pendirian saya ringkas, kalau ianya(memorandum) diguna untuk tujuan lain, siapa yang perlu kita cari?Fikirlah sendiri.

    Mungkin ada antara rakan sekalian(penyokong Evo-M hatta Pro-M sendiri),tidak bersetuju dengan pandangan saya. Itu terserah kepada anda, dan saya sebagai salah seorang mahasiswa dan bekas pemimpin pelajar, berharap teguran ini dapat difikir bersama-sama. Saya akan menolak untuk berdebat bukan kerana takut untuk berdebat, tetapi kerana saya tidak mahu wujud jurang antara kita semata-mata saya menegur berkaitan dengan kepimpinan Mahasiswa di UTM ini.Hasrat saya adalah untuk mengajak kita semua(mahasiswa) berfikir atas landasan kita sebagai mahasiswa, dengan tidak mengabaikan penggunaan kritikan yang perlu bagi membentuk jati diri yang terbaik.

    Oleh-Ahmad Suhaimi A.M
    23 Disember 2009

    "Mahasiswa dan politik"

    "Miss, we'd like to propose our research on Political Awareness Among UTM Students"

    "Don't you know that in university we can can't talk about politic? Right?"

    "But this is about the campus politic. Not politic in Malaysia"

    "Yes. But I think here we don't call it politic but we call students association. We have an Act. Isn't it? Don't you know about that?"

    Di atas merupakan sebahagian daripada perbincangan saya dan rakan-rakan dengan pensyarah subjek Advance English For Academic Comunication ketika mengemukakan cadangan tajuk kajian untuk kerja kursus bagi subjek UHB 2422.


    Politik

    Al-siasah (politik) dalam bahasa Arab bererti menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Apabila dikatakan Sasa al-amr, siyasat bererti ia melaksanakannya.

    Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk "ilmu politik".

    Politik juga dikatakan kemahiran kerana ingin dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga kepada pelaksanaan sebenar kekuasaan/kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal tertentu.

    Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan dan ia terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan.

    Politik Kampus

    Secara umum, politik kampus boleh didefinisikan melalui, Politik (policy); iaitu aktiviti-aktiviti dalam merangka kebijaksanaan potilik, kampus merupakan locus di mana aktiviti itu lahir dari, oleh dan untuk semua masyarakat kampus. Politik kampus merupakan usaha yang dilakukan mahasiswa dalam rangka mewujudkan kebijaksanaan masyarakat sesuai dengan nilai-nilai luhur demokrasi.

    Politik mahasiswa merupakan satu juzuk dari juzuk-juzuk politik massa. Ia merupakan sebahagian dari nadi yang memancu perubahan samada dari sudut sosial mahupun ekonomi dan pemerintahan negara. Sejarah mencatatkan peranan mahasiswa didalam membentuk acuan baru cerminan politik sesebuah negara adalah penting dan dominan yang memungkinkan perubahan itu berlangsung.

    Catatan sejarah, 1955 penggulingan Peron di Argentina, kejatuhan Peren Jimenez di Venezuela pada tahun 1958, Penentangan terhadap Diem di Vietnam pada tahun 1963, rusuhan massif melawan Perjanjian Keamanan Jepun-AS di Jepun pada 1963, gerakan anti-Soekarno pada tahun 1966, kejatuhan Ayub Khan di Pakistan pada tahun 1956, Revolusi Hongaria tahun 1956 juga gerakan pembebasan Cekoslavikia pada tahun 1968.*( Bergerak Bersama Rakyat ; 37 ) memberi kenyataan bahawa politik mahasiswa mempu mencatur perubahan.
    Belajar sambil mencabar
    Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
    Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
    Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)


    Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

    Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975, 1995 dan 2008 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009.

    AUKU bukan sekadar membabitkan mahasiswa, malah pensyarah juga. AUKU juga bukan sekadar hal ehwal politik kampus saja, sebaliknya, ia adalah antara dasar utama tentang menjadikan universiti sebagai gedung ilmu dalam erti kata yang sebenar. (Saifuddin Abdullah, 2008)

    Universiti mesti mengelak, seperti kata Noam Chomsky dalam bukunya Chomsky on MisEducation (2000), daripada tersilap-didik (miseducate) mahasiswa sehingga demokrasi diberi makna songsang, iaitu keputusan dibuat oleh pihak atasan dan mahasiswa hanya mengangguk saja kerana universiti memaksa ketaatan, menghalang pemikiran bebas dan terlalu mengawal.


    Student Power

    Kuasa mahasiswa atau kuasa pelajar yang selalu disebut orang dengan istilah ‘student power’ membawa satu pemaknaan yang cukup mendalam. Ini boleh difahami sebagai satu slogan yang mempunyai gagasan tertentu yang digerakkan oleh sekelompok yang bermanifestasi status seorang anak muda (baca:mahasiswa) mengarahkan kepada gerak idea-praktis dalam berinteraksi dengan khalayaknya.

    Ia bukanlah slogan kosong. Ia merupakan slogan yang penuh bersinergi dan perlu diisi dengan gerak praktis. Dalam usaha menghidupkan slogan inilah, para mahasiswa terpaksa bertembung dengan khalayaknya seperti pihak kerajaan dan HEP.

    Salah Tafsir

    Masyarakat umumnya melihat, penyatuan Mahasiswa dan Politik merupakan satu kesalahan yang melanggar undang-undang universiti dan negara. Malah perkataan "politik" itu seakan-akan berhantu untuk digunakan kepada mahasiswa.

    Keterlibatan mahasiswa dalam berpolitik sering ditafsirkan dengan penglibatan dalam parti politik luar seperti UMNO dan PAS. Bagi mereka yang bijak sedikit akan mengkaitkan dengan penglibatan dalam Pilihanraya Kampus untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.

    Politik juga dianggap kotor dan tidak selayaknya dilibatkan dengan mahasiswa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

    Hakikatnya, pengertian politik adalah lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada pilihan raya semata. Malah cara mahasiswa menguruskan aktiviti seharian juga merupakan satu politik.

    Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.

    Politics is the art of looking for trouble, finding it whether it exists or not, diagnosing it incorrectly, and applying the wrong remedy.” – Ernest Benn


    MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
    Mahasiswa Jurusan Seni Bina
    Fakulti Alam Bina
    Univesiti Teknologi Malaysia

    Facebook UTM Today

    About Me

    Utm Today
    UTM Today akan memaparkan kepada anda berita-berita disekitar kampus UTM sama ada berita universiti, persatuan-persatuan dan juga aktiviti-aktiviti serta suara-suara mahasiswa. Sebarang berita dan suara-suara anda yang ingin disampaikan kepada kami boleh di hantar ke utmtoday10@gmail.com
    View my complete profile

    Apa wajar mahasiswa dibenarkan berpolitik? apa pandangan mahasiswa UTM?

    Pilihanraya kampus UTM

    Pilihanraya kampus UTM

    Ingin berkongsi dengan kami??

    Ingin berkongsi dengan kami??

    Web Site Hit Counter

    Komen dan pandangan


    ShoutMix chat widget

    Gelagat Mahasiswa

    Gelagat Mahasiswa