UTM Skudai, 4 Januari 2010 – Majlis Perwakilan Pelajar UTM dengan kerjasama Evolusi Mahasiswa telah menganjurkan suatu himpunan bagi menunjukkan bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.
Himpunan aman yang disertai oleh lebih 300 penyokong Evolusi Mahasiswa ini diadakan di Dataran Agora berhampiran Bangunan Pentadbiran UTM. Ia turut disertai oleh Pengetua-pengetua Kolej dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi menunjukkan bantahan tersebut.
“Kita akan serahkan memorandum ini kepada Naib Canselor untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri bagi menunjukkan mahasiswa membantah keputusan tersebut,” kata Saudara Abdul Hadi, Presiden MPPUTM yang mewakili Evolusi Mahasiswa. Beliau membacakan isi memorandum tersebut di hadapan mahasiswa UTM yang hadir.
Dalam himpunan tersebut juga, calon bagi Evolusi Mahasiswa, Saudara Muhammad Zaki telah memberi ucapan yang penuh bersemangat, menerangkan kepada mahasiswa tentang kronologi dan maklumat berkenaan dengan isu tersebut yang hangat diperkatakan pada hari ini.
Memorandum daripada Majlis Perwakilan Pelajar telah diserahkan oleh Saudara Hadi kepada Naib Canselor, Prof. Dato` Ir Dr. Zaini Ujang pada pukul 4.30 petang di foyer Masjid Sultan Ismail UTM, disaksikan oleh semua mahasiswa.memutuskan untuk membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.
0 comments: