oleh: Presiden MPPUTM

ISU pemanasan global hangat diperkatakan pada peringkat antarabangsa dan menjadi perbalahan antara negara maju dan negara membangun dalam konteks pelepasan gas karbon rendah, lebih tepat lagi ekonomi rendah karbon. Malaysia bakal terjejas dengan terpakainya sistem ini kerana ekonomi negara kita bergantung pada industri dagangan yang membabitkan produk import dan eksport.

Apabila berlakunya proses pengangkutan secara massa dan jarak jauh, sudah pasti sistem jaringan pengangkutan itu menghasilkan banyak karbon hasil pembakaran bahan bakar. Jadi, ini adalah perkara yang menjadi persoalan negara maju yang banyak mengimport barang Malaysia. Bagaimanakah sekiranya mereka menghentikan import barang dari negara kita? Sudah pasti banyak kilang yang bergantung kepada hasil eksport ke negara maju akan terjejas. Sawit dan getah yang juga komoditi utama turut terjejas.

Harus diingat, sekiranya ia berlaku, bukan hanya pemilik syarikat yang bakal mendapat kerugian, tetapi pekerja, operator, jurutera, pekebun kecil, peneroka Felda dan semua yang berkaitan akan turut terjejas.

Kita seharusnya bersama-sama memulihara iklim dan suhu dunia. Penggunaan sistem ekonomi ini adalah sangat baik sekiranya kita bijak mengurusnya. Jurutera dan profesor marin serta mekanikal perlu memikirkan cara menghasilkan kapal yang rendah pengeluaran karbon. Penggunaan tenaga solar dan angin dapat membantu, namun ia mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan teknologi ini.

Sebagai rakyat prihatin, kita harus mengorak langkah menyahut seruan menyelamatkan bumi ini daripada terus dibinasakan. Ada tiga cara mudah untuk dilaksanakan iaitu:

•Setiap pendapatan, kita perlu membahagikannya untuk memulihara alam ini dengan menanam pokok. Tumbuhan-tumbuhan dapat menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Ia dinamakan 'offset', pendapatan kita dikatakan 'Pendapatan Hijau'. Perkara ini hendaklah dilaksanakan syarikat yang terbabit dalam pengangkutan barang dagangan dan berlandaskan keuntungan.

•Tingkatkan penggunaan bahan mesra alam. Sebagai contoh, bawa beg kanvas untuk membeli-belah di pasar raya, pilih bahan pemakanan organik, kurangkan penggunaan bahan polisterin dan plastik. Kini teknologi hijau semakin mendapat tempat di pasaran, tetapi pengguna perlu sedar akan kepentingannya.

•Penggunaan kenderaan secara lestari. Fikir dulu sebelum memandu sama ada ia menjejaskan alam sekitar. Kita boleh menggunakan kenderaan awam dan perkongsian kenderaan ataupun perjalanan bebas pencemaran seperti berjalan kaki dan berbasikal.

Tiga langkah yang mudah itu perlu diambil perhatian. Ia bukan hanya tanggungjawab kita sebagai warga negara, tetapi seluruh umat manusia di segenap pelosok dunia perlu melaksanakan perkara ini demi kelangsungan sejagat.

ABD HADI ABD HALIM,
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
*Artikel ini telah dimuatkan dalam Berita Harian bertarikh 31 Disember 2009.

0 comments:

Post a Comment

Facebook UTM Today

About Me

Utm Today
UTM Today akan memaparkan kepada anda berita-berita disekitar kampus UTM sama ada berita universiti, persatuan-persatuan dan juga aktiviti-aktiviti serta suara-suara mahasiswa. Sebarang berita dan suara-suara anda yang ingin disampaikan kepada kami boleh di hantar ke utmtoday10@gmail.com
View my complete profile

Apa wajar mahasiswa dibenarkan berpolitik? apa pandangan mahasiswa UTM?

Pilihanraya kampus UTM

Pilihanraya kampus UTM

Ingin berkongsi dengan kami??

Ingin berkongsi dengan kami??

Web Site Hit Counter

Komen dan pandangan


ShoutMix chat widget

Gelagat Mahasiswa

Gelagat Mahasiswa

Blog Archive