Laporan oleh : Khairul Syams Bin Nurdin
Skudai, 18 Jan 2010– Pusat Islam UTM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UTM telah mengadakan satu forum jelas isu kalimah Allah di Masjid Sultan Ismail UTM. Forum seumpama ini merupakan yang pertama kali diadakan di bumi UTM mendapat sambutan yang hangat daripada seluruh warga kampus dan ahli-ahli qariah masjid sekitar UTM. Dianggarkan lebih 1000 orang hadirin hadir ke forum ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu kalimah Allah yang menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia ketika ini.
Presiden PMIUTM, Saudara Mohd Khairul bin Abdullah Halim ketika ditemui, melahirkan rasa gembira terhadap penganjuran forum ilmiah seumpama ini.
"Saya juga merakamkan jutaan terima kasih terhadap sokongan yang diberikan oleh warga kampus dan warga luar kampus terhadap penganjuran forum ini. Tahniah saya ucapkan kepada Pengarah program di peringkat Pusat Islam UTM iaitu Ustaz Mahyudin Bin Md. Sarip dan seluruh tenaga kerja Pusat Islam UTM. Tidak dilupakan juga kepada Pengarah program di peringkat PMIUTM iaitu Saudara Mohd Adhwa Bin Yahaya dan seluruh tenaga kerja atas penat lelah melaksanakn forum seumpama ini," tambah beliau lagi.
Sementara itu, Pengerusi Lujnah Penerangan dan Mutimedia PMIUTM, Saudara Abdul Azim bin Abd Jamil ketika ditemui menyatakan bahawa pihaknya akan sentiasa berhubung dengan Pusat Islam UTM dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk memberi penerangan kepada seluruh warga kampus terhadap isu-isu penting yang perlu diperjelaskan kepada mahasiswa kampus.

"Alhamdulillah, forum malam ini memberikan semangat kepada kami untuk menganjurkan forum yang sama pada ketika yang lain. Kami begitu berbesar hati terhadap bantuan dan sokongan yang padu dari semua pihak terutamanya dari pihak Pusat Islam UTM dan kami juga berharap agar dapat meluaskan kerjasama terhadap usaha ini dengan persatuan mahasiswa yang lain."
Sumber : PMIUTM
0 comments: