UTM sasar pelajar parca siswazah

Posted by Utm Today Sunday, January 17, 2010
UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan lebih banyak program pengajian pasca siswazah menerusi perancangan bersepadunya tahun ini dengan sasaran 8,000 pelajar menjelang akhir tahun.

Naib Canselornya, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang, berkata usaha bertujuan meletakkan UTM pada kedudukan lebih kompetitif di peringkat global selari dengan objektif negara untuk menjana ekonomi berasaskan inovasi.

Beliau berkata, antara strategi yang dirangka termasuk menambah bilangan dan kualiti mahasiswa peringkat pasca siswazah, terutama ijazah doktor falsafah (PhD) yang bertujuan mencapai taraf Universiti Penyelidikan Inovatif.

Katanya, pendekatan lain termasuk melaksanakan format baru penyediaan tesis dengan menggunakan artikel ilmiah terbitan jurnal berimpak tinggi selain menetapkan tempoh pengajian selama tiga tahun.

“Pendekatan ini sudah diamalkan banyak universiti terutama di Jepun. UTM juga memberi peluang pelajar mengikuti program usahasama selama setahun dengan universiti terkemuka luar negara sepanjang tempoh pengajian.

“Pelaksanaan ini diharap memudahkan penyelidikan dan kajian, seterusnya mempercepatkan pertukaran maklumat untuk mencapai matlamat penubuhan Perkongsian Akademik Iskandar Malaysia (IMAP),” ujar beliau.

Zainal berkata, strategi lain termasuk penciptaan nilai akademik baru menerusi penerbitan artikal dalam jurnal berimpak tinggi. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan mencari penyelia dan menulis artikel bersama profesor pelawat.

Sumber : Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Facebook UTM Today

About Me

Utm Today
UTM Today akan memaparkan kepada anda berita-berita disekitar kampus UTM sama ada berita universiti, persatuan-persatuan dan juga aktiviti-aktiviti serta suara-suara mahasiswa. Sebarang berita dan suara-suara anda yang ingin disampaikan kepada kami boleh di hantar ke utmtoday10@gmail.com
View my complete profile

Apa wajar mahasiswa dibenarkan berpolitik? apa pandangan mahasiswa UTM?

Pilihanraya kampus UTM

Pilihanraya kampus UTM

Ingin berkongsi dengan kami??

Ingin berkongsi dengan kami??

Web Site Hit Counter

Komen dan pandangan


ShoutMix chat widget

Gelagat Mahasiswa

Gelagat Mahasiswa

Blog Archive