UTM Dapat RM2 Juta Tingkatkan Keupayaan Jalur Lebar

Posted by Utm Today Tuesday, January 19, 2010

SKUDAI: Kementerian Pengajian Tinggi meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi meningkatkan keupayaan Internet dan capaian jalur lebar sedia ada.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata, peruntukan yang diberikan akan digunakan untuk meningkatkan capaian berkelajuan kepada 325 Megabait sesaat (Mbps) berbanding 167Mbps sekarang.

Menurutnya, apabila siap kelak kemudahan berkenaan mampu mendatangkan manfaat kepada lebih 37,000 warga kampus, terutama pelajar di peringkat siswazah dan pasca siswazah.

“Apabila kemudahan ini siap sepenuhnya mereka boleh mengaplikasikan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

“Proses naik taraf kemudahan ini diharap dapat membantu seluruh warga kampus meningkatkan keberkesanan kerja dan menyumbang kepada peningkatan kualiti kerja harian,” katanya semasa merasmikan majlis pecah tanah Pusat Teknologi Maklumat UTM-MTDC Fasa II di kampus universiti itu di sini.

Mohd. Khaled berkata, peningkatan Internet dan capaian jalur lebar mampu mengdatangkan impak besar kepada pusat pengajian tinggi itu sebagai pusat ilmu dan penjana maklumat.

“Kemudahan yang bakal miliki diharap akan menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kampus untuk berusaha dengan lebih gigih demi kecemerlangan UTM,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang berkata, peruntukan yang diberikan boleh digunakan untuk menaiktaraf laman web dengan paparan yang lebih menarik, mudah digunakan dan pantas.

“Secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pengguna dari seluruh dunia dan meningkatkan kedudukan UTM dalam penarafan webometrik yang dibuat dua kali setahun iaitu Januari dan Julai,” katanya.

Tahun lalu UTM muncul sebagai universiti yang menduduki tempat teratas di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan berjaya menempatkan diri dalam senarai 10 universiti terbaik di Asia Tenggara mengikut penarafan webomectic.

Berdasarkan penarafan berkenaan, UTM menduduki tempat ke 642 mengatasi Universiti Sains Malaysia (675), Universiti Malaysia Pahang (745), Universiti Malaya (878) dan Universiti Putra Malaysia (979).

Penarapan oleh webometric mula diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Cybermetric Lab sebuah kumpulan penyelidik terbesar di Sepanyol yang membabitkan 6,000 universiti terkemuka, 17,000u penyertaan dan 2,000 pusat penyelidikan dari 7,000 penyertaan di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

Facebook UTM Today

About Me

Utm Today
UTM Today akan memaparkan kepada anda berita-berita disekitar kampus UTM sama ada berita universiti, persatuan-persatuan dan juga aktiviti-aktiviti serta suara-suara mahasiswa. Sebarang berita dan suara-suara anda yang ingin disampaikan kepada kami boleh di hantar ke utmtoday10@gmail.com
View my complete profile

Apa wajar mahasiswa dibenarkan berpolitik? apa pandangan mahasiswa UTM?

Pilihanraya kampus UTM

Pilihanraya kampus UTM

Ingin berkongsi dengan kami??

Ingin berkongsi dengan kami??

Web Site Hit Counter

Komen dan pandangan


ShoutMix chat widget

Gelagat Mahasiswa

Gelagat Mahasiswa

Blog Archive