Oleh: Ad Deenul Haq
Bahang Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini bukan sahaja semakin terasa, tapi kemungkinan juga hampir membakar ketenangan warga kampus UTM Skudai. Perang flyers sudah pun bermula sejak minggu lepas. Tetapi entry kali bukanlah untuk mengulas secara lanjut tentang perang flyers mahupun Evo-M atau Pro-M. Muak rasanya melihat keletah mahasiswa yang cepat sungguh melatah dan membuat spekulasi tanpa menyelidik akar umbi perkara tersebut. Anda boleh klik disini, disini atau disini untuk menilai sendiri siapa yang betul.
Bahang Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini bukan sahaja semakin terasa, tapi kemungkinan juga hampir membakar ketenangan warga kampus UTM Skudai. Perang flyers sudah pun bermula sejak minggu lepas. Tetapi entry kali bukanlah untuk mengulas secara lanjut tentang perang flyers mahupun Evo-M atau Pro-M. Muak rasanya melihat keletah mahasiswa yang cepat sungguh melatah dan membuat spekulasi tanpa menyelidik akar umbi perkara tersebut. Anda boleh klik disini, disini atau disini untuk menilai sendiri siapa yang betul.
Kembali kepada maudu' utama. Secara jujurnya, saya berasa amat bimbang melihat kelesuan masyarakat kampus yang tidak cakna dan mengambil enteng isu berkaitan PRK. Contoh terdekat adalah sewaktu Petisyen Pemurniaan PRK diedarkan ke setiap fakulti. Bayangkan, jumlah tandatangan yang dipungut hanyalah 10% daripada hampir 20,000 mahasiswa UTM. Adakah ini juga bermakna hanya 10% mahasiswa UTM yang betul-betul faham apa itu PRK?
Jangan pula cuba untuk berdalih dan mempertahankan diri dengan mengatakan mahasiswa yang tidak menandatangani petisyen itu tidak menyokong usaha pemurnian PRK. Ini adalah kerana, rata-rata mahasiswa yang mendapat petisyen tersebut hanya memandang sebelah mata dan menolak kertas tersebut setelah melihat perkataan 'Pilihanraya Kampus'. Ada juga yang takut untuk menandatangani petisyen tersebut kerana bimbang akan digantung pengajian dan dipanggil oleh pihak HEP. Jika benar masyarakat kampus sebenarnya takut, adakah ia disebabkan oleh doktrinisasi beberapa pihak tertentu yang bertindak mengugut dan menakut-nakutkan mahasiswa? Apakah kita tidak tahu hak-hak kita sebagai seorang mahasiswa?
Apakah PRK?
Jika soalan ini ditanya kepada masyarakat kampus UTM, saya amat yakin dan percaya bahawa masih ramai yang tidak tahu jawapannya. PRK sebenarnya merupakan medan politik kampus yang membolehkan mahasiswa menggunakan sepenuh kuasa untuk memilih pimpinan kampus. Realitinya, masyarakat kampus hari ini sensitif terhadap perkataan ‘politik’ itu sendiri. Asbab yang mungkin menjadi faktor utama perkara ini berlaku adalah kerana imej politik negara yang kian dicemari dengan palitan fitnah dan perebutan kuasa. Pengaruh pilihanraya kampus yang ada di Malaysia telah sengaja diperlekehkan atau dijadikan sesuatu yang kurang relevan. Hal ini mungkin juga berkait rapat dengan doktrinisasi AUKU terhadap mahasiswa. (baca: AUKU)
Seorang sahabat pernah bertanya, "Kenapa kita kena terlibat dengan PRK ni? Bukan ke tujuan utama masuk universiti untuk belajar. Buat apa nak sibuk-sibuk dengan politik?" Jawapannya mudah: Anda mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang adil!
Politik menurut Islam
Politik, atau di dalam bahasa Arab, siasah, bermaksud pentadbiran atau ilmu untuk mentadbir. Ibnu Aqil mengatakan, “Siasah Syariyyah ialah apa-apa tindakan(kerajaan) yang membawa kepada manusia kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan, sekalipun ianya tidak ditetapkan oleh Rasulullah dan tidak terdapat dalam wahyu yang diturunkan.”
Mana mungkin negara Madinah menjadi negara Islam pertama jika tiada istilah politik dalam Islam. Di Universiti Malaya sendiri, politik itu diraikan dan diperlihatkan kepentingannya dengan adanya Fakulti Siasah Syariah. Jika dilihat semasa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyiddin, keempat-empat khalifah dilantik dengan cara yang berbeza-beza dan mereka menjalankan dasar pemerintahan mengikut corak keadaan semasa atau waqi'. Walau bagaimanapun, matlamat utamanya tetap menegakkan daulah Islamiyyah.
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa ayat 59, bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah S.W.T dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W. dan kepada Ulul Amri (golongan pemerintah yang adil) dari kalangan kamu.” Maka bolehlah dijelaskan di sini bahawa setiap umat Islam itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memilih pemimpin yang adil, yakni mentadbir mengikut syariat Islam. Dalam konteks pemerintahan sekarang, persoalan yang ingin saya utarakan adakah Malaysia merupakan sebuah negara Islam atau adakah ia hanya tertulis di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara semata-mata? Negara Islamkah jika undang-undang dan perlembagaan bersifat sekular?
Mahasiswa menongkah era revolusi
Jika kita berasa muak dengan politik murahan negara, seharusnya kita bangkit dan memperjuangkan politik kampus demi revolusi mahasiswa. Aktivis mahasiswa terdahulu telah memperjuangkan hak-hak mahasiswa dengan berani tanpa mengenal erti kecut dan takut. Mengapa tidak kita? Mengapa pula zaman yang serba canggih dinaungi teknologi ini menjadikan mahasiswa lemah dan lesu? Adakah mahasiswa zaman ini berada di 'zon selesa'? Jika benar, inilah sebenarnya dalang kepada kemunduran mahasiswa.
PTPTN dan segala jenis bantuan kewangan seolah-olah menutup mulut mahasiswa daripada bersuara dan vokal terhadap hak-hak mahasiswa. Dogma dan persepsi bahawa mahasiswa IPTA perlu akur dengan tindakan kerajaan kerana kerajaan telah melaburkan banyak wang demi mahasiswa haruslah dikaji semula. Ini adalah kerana wang yang digunakan oleh kerajaan adalah wang rakyat sendiri yang diperoleh dari cukai-cukai. Bukanlah maksud saya disini untuk menyokong mahasiswa untuk membangkang pihak kerajaan, tapi apa salahnya mahasiswa menjadi golongan 'check and balance'.
Wallahu'alam.
0 comments: