Gerak kecam KPT tidak bersikap terbuka

Posted by Utm Today Sunday, January 17, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Jan:
Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang tidak bersifat terbuka sehingga menyebabkan anggota keselamatan menahan dua pimpinan mahasiswa dan seorang wartawan Harakahdaily minggu lepas ketika mahu menyampaikan memorandum bantahan E-Voting.

Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, sewajarnya pihak KPT menerima baik memorandum tersebut dan memaklumkan kepada anggota keselamatan agar tidak mengganggu perhimpunan aman oleh mahasiswa tersebut.

“Bantahan E-Voting oleh para mahasiswa IPTA/IPTS wajar diberikan pertimbangan dan ruang perbincangan yang serius,” katanya.

Baginya, tuduhan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa mahasiswa yang hadir adalah untuk mencari publisiti menjelang pilihan raya kampus adalah dangkal sama sekali.

“Ini adalah bentuk-bentuk penidakkan terhadap agenda membudayakan integriti yang wajar dimulakan secara serius di kampus-kampus termasuk di dalam pilihan raya kampus,” ujarnya lagi.

Sumber : Harakahdaily

0 comments:

Post a Comment

Facebook UTM Today

About Me

Utm Today
UTM Today akan memaparkan kepada anda berita-berita disekitar kampus UTM sama ada berita universiti, persatuan-persatuan dan juga aktiviti-aktiviti serta suara-suara mahasiswa. Sebarang berita dan suara-suara anda yang ingin disampaikan kepada kami boleh di hantar ke utmtoday10@gmail.com
View my complete profile

Apa wajar mahasiswa dibenarkan berpolitik? apa pandangan mahasiswa UTM?

Pilihanraya kampus UTM

Pilihanraya kampus UTM

Ingin berkongsi dengan kami??

Ingin berkongsi dengan kami??

Web Site Hit Counter

Komen dan pandangan


ShoutMix chat widget

Gelagat Mahasiswa

Gelagat Mahasiswa

Blog Archive