"Pilih Pemimpin Mahasiswa Yang Betul"

Posted by Utm Today Sunday, January 10, 2010

Oleh : Kedah Sejahtera

Kehangatan PRK semakin dirasai oleh seluruh mahasiswa yang berada di kampus ketika ini. Bahang yang semakin dirasai ini dipanaskan lagi dengan strategi-strategi yang akan digunakan oleh dua parti mahasiswa utama iaitu evolusi mahasiswa dan pro mahasiswa. Tidak ingin penulis mengulas lanjut apa yang telah dilakukan dan bakal dilakukan oleh dua parti mahasiswa utama ini. Tetapi penulis lebih cenderung untuk kita menyelusuri persoalan kepimpinan mahasiswa kampus. Atas faktor kesedaran terhadap pentingnya kita memilih barisan kepimpinan mahasiswa yang berintegriti dan boleh berdiri atas kehendak sendiri tanpa menjadi boneka kepada pihak ketiga, maka penulis ingin membicarakan kewajipan untuk kita sebagai seorang mahasiswa kampus memilih kepimpinan mahasiswa supaya kita ini yang dipertangungjawabkan sebagai seorang pemilih tidak tersalah memilih pemimpin yang bakal membawa suara mahasiswa dan menjadi ‘check and balance’ kepada pentadbiran universiti.



Kuat dan Amanah

Dari sudut realitinya, susah untuk kita mencari pemimpin untuk memimpin sebuah komuniti masyarakat sama ada ia berskala kecil ataupun berskala besar. Kesukaran yang dihadapi ini dilihat dari sudut pemilihan pemimpin yang berkelayakan dan bukan dari sudut material yang ada pada sesorang pemimpin tersebut. Dalam Surah Al-Qasas ayat ke 26, Allah telah merakamkan perbualan diantara Nabi Syuib dan puterinya berkenaan persoalan cirri-ciri pemimpin.

Salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah".

Kuat dan amanah adalah dua elemen penting yang digariskan dalam ayat diatas. Persoalannya, kuat dari segi mana yang kita mahukan terhadap kepimpinan mahasiswa yang bakal kita lantik di dalam MPP nanti. Adakah persoalan kuat itu difahami sebagai kuat tubuh badan atau mungkin kuat dari segi berfikir dan sebagainya. Imam Ahmad Ibnu Hanbal ketika ditanya tentang dua orang yang dicalonkan untuk memimpin satu kumpulan di mana yang pertama kuat tetapi bergelumang dalam dosa, manakala yang kedua kuat agamanya tetapi lemah, maka beliau menjawab: ”Orang pertama, dosanya ditanggung sendiri sedangkan kekuatannya dapat membina keutuhan negara dan kepentingan umat. Manakala orang kedua yang kuat daripada keberagamaannya hanya bermanfaat untuk dirinya sahaja, sedangkankan kelemahannya menjadi petaka bagi orang yang dipimpinnya.”

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Ya Abu Dzar, aku lihat kamu seorang yang lemah dan aku suka kamu mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Janganlah kamu memimpin dua orang dan janganlah kamu mengurus harta anak yatim.” (Riwayat Muslim)

Persoalan amanah adalah persoalan yang cukup besar. Inilah yang mengambarkan integirti pimpinan mahasiswa kita nanti. Beramanah dalam melakukan setiap perkara dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara adalah perlu. Kita tidak mahu bakal-bakal kepimpinan kita nanti merupakan sekadar celupan-celupan untuk memenuhkan kerusi tetapi selepas menang dalam PRK, maka ditingalnya segala amanah yang diberikan menyebabkan masyarakat kampus menjadi porak-peranda akibat kebodohan sesetengah pihak yang hanya mementingkan soal duit kocek sendiri berbanding kelayakan dan kebersediaan dalam memimpin ketika memilih. Maka amanah sangat perlu untuk memastikan tagungjawab yang diharapkan dapat dlaksanakan dengan sebaiknya. Pilihlah pemimpin yang beramanah.

Pemimpin berwawasan dan bukan celupan

Benar bahawa mahasiswa hari ini mahukan pemimpin yang bewawasan yang dapat mengerakkan setiap agenda mahasiswa dan dapat membangunkan semula mahasiswa yang masih dibuai mimpi di kolej masing-masing. Wawasan yang dibawa adalah wawasan Al-Quran yang secara langsungnya membawa kepada wawasan yang dipandukan kepada Islam.

Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.

Dalam surah Al-Hajj ayat e 41 diatas, Allah telah mengaris tiga perkara yang patut dilaksanakan oleh seorang pemimpin. Yang pertamanya adalah yang mendirikan sembahyang, yang keduanya adalah member zakat dan terkahir adalah yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Penulis memfokuskan terhadap bicara berkenaan perkara yang ketiga iaitu yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Ramai pemimpin mahasiswa sekarang hanya melakukan amar makruf tetapi tidak diseimbangkan dengan nahi mungkar. Kenapa penulis menulis sedemikian. Kita lihat sendiri, banyak program-program yang dianjurkan oleh kepimpinan mahasiswa kita pada hari ini semuanya untuk kebaikan warga kampus tetapi kita jarang melihat program mencegah sebaliknya program yang tadi itu hanya program kesedaran.

Kita mahukan kelompok pemimpin mahasiswa yang dapat menegur kesalahan pihak pentadbiran universiti, pihak pentadbiran kolej dan organisasi persatuan mahasiswa yang lain. Penulis menemplak segelintir pimpinan mahasiswa hanya tahu menjadi pak turut seolah-olah lembu yang dicucukkan tali dan diminta mematuhi arahan denagn ditarik tali di hidungnya ke mana sahaja tuannya hendak dia pergi. Penulis cukup berbangga dengan PMIUTM sesi kepimpinan yang lepas kerana membuka mata mahasiswa dengan menganjurkan program bersifat nahi mungkat iaitu UTM Say No To Bonceng.

Penutup

Akhirannya, bukanlah satu perkara yang mudah untuk kita memilih seorang pemimpin mahasiswa yang benar-benar komited terhadap kebajikan mahasiswa disamping tidak melupakan pelajaran sendiri. Cukup sukar untuk kita mencari pemimpin mahasiswa yang berintegriti, komited dan beridealis tanpa membelakangkan Al-Quran dan As-Sunnah. Berpijak atas stand sendiri juga perlu. Janganlah kita dilabelkan sebagai boneka. Yang benar perlu dibenarkan dan yang salah harus ditentang. Pilih lah pemimpin mahasiswa kalian dalam PRK yang akan datang denagn pertimbanagn akal berdasarkan Al-Quran da As-Sunnah dan bukan berdasarkan tuntutan emosi semata-mata. Dan ingin penulis tegaskan bahawa ciri-ciri diatas adalah hanya sebahagian ciri-ciri pemimpin mahasiswa yang perlu dilihat pemilih. Pilihlah pemimpin yang berkualiti berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah

*Penulis merupakan Exco Perhubungan dna Pengantarabangsaan PERSADA dan Ketua Penerangan PMIUTM

0 comments:

Post a Comment

Facebook UTM Today

About Me

Utm Today
UTM Today akan memaparkan kepada anda berita-berita disekitar kampus UTM sama ada berita universiti, persatuan-persatuan dan juga aktiviti-aktiviti serta suara-suara mahasiswa. Sebarang berita dan suara-suara anda yang ingin disampaikan kepada kami boleh di hantar ke utmtoday10@gmail.com
View my complete profile

Apa wajar mahasiswa dibenarkan berpolitik? apa pandangan mahasiswa UTM?

Pilihanraya kampus UTM

Pilihanraya kampus UTM

Ingin berkongsi dengan kami??

Ingin berkongsi dengan kami??

Web Site Hit Counter

Komen dan pandangan


ShoutMix chat widget

Gelagat Mahasiswa

Gelagat Mahasiswa

Blog Archive